Khamis, 16 Februari 2023

Futakuchi - Onna

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada hari ini saya ini berkongsi salah satu urban legend daripada Jepun mengenai Futakuchi - Onna / 2 Mouth Women / Wanita 2 Mulut. Dia adalah wanita yang disumpah untuk memiliki 2 mulut dengan mulut biasa pada wajahnya manakala mulut raksasa pada belakang kepalanya.

Walaupun penampilannya dengan mulutnya yang kecil, di sebalik belakang kepala tersembunyi pada rambut adalah mulut raksasa yang boleh membelah kepala pada belakangnya menjadi 2 malah ia mempunyai bibir, gigi dan lidah. Walaupun dia kelihatan tak memakan apa-apa sekalipun, akan tetapi mulut belakangnya mempunyai nafsu makan yang penuh lahapnya.

Ada yang mengatakan bahawa mulut raksasa itu mempunyai mindanya sendiri dan boleh berbicara dengan wanita dengan nada menyindir dan adakalanya mengancam. Mulut tersebut sentiasa mengganggu wanita berkenaan dengan meminta makanan. Jikalau permintaan itu tak dilaksanakan, wanita tersebut akan mengalami kesakitan yang teramat sangat sehinggakan dia memberikan ia makan. Mulut tersebut malah mengawal rambut wanita berkenaan seperti ular yang menjalar dan sesungut sotong untuk mengambil makanan lalu memasuki ke mulutnya. 


Terdapat beberapa variasi mengenai kewujudan asal-usulnya di Jepun yang belum dapat kepastian bagaimanakah wanita itu disumpah dengan mulut itu. Di sini saya kongsikan beberapa cerita lagenda dan cerita rakyat mengenainya.

Ia menceritakan dalam cerita rakyat Jepun mengenai seorang lelaki kedekut yang tinggal bersendirian di sebuah kampung. Dia tak pernah berkahwin sebab dia benci membelanjakan wangnya untuk majlis perkahwinan. Akan tetapi dia ingin beristeri, masalahnya dia kena guna kekayaannya untuk menjaga dan memberi makan isterinya. Sayangnya dia lebih sayangkan kekayaannya dari semua. 

Pada 1 hari, dia bertemu dengan seorang wanita muda yang tak memakan apa-apa pun. Tanpa membuang masa dia terus meminang wanita tersebut. Disebabkan wanita berkenaan tak pernah makan serta bekerja keras, lelaki kedekut berkenaan berasakan dia telah menemui wanita pilihannya dan berasakan pasangan itu akan bahagia selamanya. Akan tetapi dia mulai perasan apabila simpanan berasnya mulai berkurangan.

Pada 1 hari, lelaki kedekut berpura-pura pergi meninggalkan isterinya untuk bekerja, sebaliknya dia bersembunyi di belakang rumah untuk mengintip isteri barunya. Dalam gerunnya dan penuh dengan ketakutan yang teramat sekali, dia terkejut dengan melihat rambut isterinya terbelah 2 pada belakang kepalanya menunjukkan 1 mulut raksasa. Rambutnya mulai bergerak seperti sesungut dan mengambil gumpalan nasi lalu memasuki ke mulut mengerikan itu.

Sebaik sahaja wanita perasan tindakannya diketahui suaminya, dia terus menyerang suaminya dengan mencekiknya. Lelaki itu dapat melepaskan dirinya lalu bersembunyi di pergunungan. Selepas seminggu berlalu, dia memberanikan dirinya untuk pulang dan mendapati isterinya sudah lama pergi menghilangkan diri dan kesemua simpanan beras telah dimakan. Selepas kejadian ini lelaki itu bertekad tidak berkahwin lagi.

*  *  *  *  *

Di dalam sebuah cerita lagi, seorang lelaki baru sahaja kehilangan isterinya tercinta dan ditinggalkan seorang anak perempuan dalam penjagaannya. Oleh kerana anak perempuan masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu, dia mengambil keputusan untuk berkahwin lagi. Akan tetapi isteri baru adalah indah daripada rupa apabila dia seorang wanita yang jahat dan seorang yang pendendam. Bersama dengan isteri barunya dikurniakan anak kedua iaitu anak perempuan. Oleh kerana keadaan mereka agak miskin dan selalunya tak mempunyai makanan yang cukup dikala malam tiba. Isteri baru mengambil keputusan untuk memberi makan kepada anaknya manakala sengaja melaparkan anak tirinya sehinggakan dia mati kebuluran.

Tak lama kemudian, ketika lelaki itu keluar ke kebunnya untuk memotong kayu api. Dia tak sengaja menghayunkan kapaknya dan ia terbenam di belakang kepala isteri barunya. Dia mulai menyangkakan isterinya bakal menemui ajalnya walaupun banyak darah tumpah, akan tetapi isterinya terselamat. Bekas luka itu tidak pulih dan perlahan-lahan menjadi mulut raksasa yang lengkap dengan gigi dan lidah. 

Wanita jahat ini sentiasa dalam kesakitan yang teramat sangat selagi dia tak memberi makan kepada mulut raksasa. Kesakitan itu hanya hilang sebaik sahaja dia memberikan makanan kepada mulut itu. Mulut raksasa itu mulai meminta makanan lebih banyak untuk memuaskan nafsu makannya. Akhirnya mulut itu mulai mengeluarkan bunyi dan mulai berbicara.

Pada satu malam, semasa wanita berkenaan tengah tidur. Mulut raksasa itu mulai berbicara dengan sang suami dan membuat pengakuan bahawa, 

"Saya disumpah sebab saya telah membunuh anak perempuan kamu dengan sengaja tak memberikan dia makan sampai mati kebuluran."

*  *  *  *  *

Tiada yang tahu penghujung cerita tersebut, ada yang mengatakan sang suami membunuh wanita kejam tersebut kepada dia menceraikan wanita dan menjaga anak perempuan kedua dengan baik jauh daripada wanita itu. Semua sekadar andaian semata-mata.

Apa perasaan kamu terhadap cerita urban legend Jepun ini? Agak menarik juga? Cerita urban legend banyak di adaptasi kepada drama, filem dan anime. 

Sekian dahulu cerita mengenai Fukushima - Onna.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan