Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Rokurokubi / Leher Panjang. Ia adalah sejenis mahluk berjantina wanita yang kelihatan dan berkelakuan seperti manusia biasa. Dikala malam menjelma, leher mereka akan memanjang dan memanjang, melepaskan kepala untuk bebas bergerak seperti seekor ular tanpa bantuan tubuh badan. Kebanyakan adalah wanita muda yang teramat cantik dan mereka gemar menikmati menakutkan orang biasa.
Terdapat mereka Rokurokubi yang selesa untuk memilih kehidupan mereka sebagai manusia walaupun mereka kelihatan seperti manusia biasa. Setiap malam, leher mereka akan mulai tumbuh memanjang sehinggakan keluar dari tingkap untuk mencari makanan. Apabila makanan pilihan mereka adalah minyak ikan yang digunakan untuk lampu minyak.
Jikalau mereka terlampau kepenatan dan lupa nak kembalikan leher ke bentuk asal, ia adalah cara untuk mengenal pasti mereka apabila pada siang hati kelihatan parut putih seperti tertarik pada kulit mereka terutamanya di bahagian leher.
Terdapat juga yang sejenis akan tetapi ia adalah versi yang ganas dan berbahaya daripada Rokurokubi yang dikenali sebagai Nukekubi atau Kepala wanita tanggal (seakan penanggalan dalam versi Asia Tenggara, cuma kepalanya terbang tanpa sebarang organ dalaman terikut sekali). Kepala yang tertanggal kemudiannya akan terbang di udara dan mencari mangsanya untuk menghisap darah segar.
Nukekubi akan menyembunyikan tubuh badannya pada waktu malam, apabila ia adalah kelemahan terbesar buat dirinya untuk memusnahkan mahluk ini. Jikalau tubuh badan yang tak berkepala ditemui, terbaik untuk menyembunyikannya agar kepala tidak dapat bercantum semula. Ia akan mati terbakar dan menjadi abu sebaik sahaja cahaya matahari pagi muncul.
Versi Nukekubi ini tidak mengira janti a untuk menjafi satu. Apabila Rokurokubi lebih kepada wanita sahaja dan sedikit berat sebelah dalam asal-usulnya kejadiannya. Isteri pula dihukum keatas kesalahan sang suami atau ayah jikalau mereka melakukan curang atau membunuh pasangan mereka sendiri. Malah anak perempuan pun tidak terkecuali menjadi mangsa. Ia dari padangan Shinto dan Buhdism.
Kebiasaannya mereka yang menjadi Rokurokubi ini tidak tahu mereka adalah mahluk ini. Ia adalah sumpahan atau kesilapan waktu silam yang dilakukan baik diri sendiri mahupun keluarga serta keturunan.
Ia dikategorikan dalam Yokai Jepun atau Hantu Jepun. Malah mahluk ini telah di adaptasi dari drama, filem, manga, anime dan permainan. Nampaknya kepercayaan terhadap mahluk ini kekal dalam budaya Jepun.
Maka tamatnya cerita mengenai urban legend daripada Jepun mengenai Rokurokubi ini. Boleh dikatakan ia adalah versi makhluk penanggalan versi Jepun dan cukup berbeza dengan versi Asia Tenggara.
Sekian.