Salam Malam Jumaat semua,
Kali ini saya akan berkongsi sebuah urban legend daripada Jepun yang kira terkenal di sana mengenai seorang budak perempuan yang menghantui tandas sekolah rendah. Dengan membuka serta menutup pintu tandas dan menakutkan sesiapa sahaja yang menggunakan tandas berkenaan.
Adakah anda berani untuk memanggil namanya sambil mengetuk pintu kubikal tandasnya?
Hanako-San adalah hantu di dalam tandas yang kekal terkenal walaupun sudah berkurun lama telah lalu di Jepun. Apabila penampakkan hantu ini tersebar ke seluruh pelosok tanak air Jepun.
Setiap kanak-kanak sekolah rendah mempunyai ceritanya tersendiri mengenai Hanako-San seperti mana setiap sekolah juga mempunyai versinya tersendiri. Yang membuat pelajarnya baik jantina menjadi gerun dengan ketakutan jikalau ada mereka nak menggunakan tandas.
Gangguan kebiasaannya sering kali berlaku di tandas perempuan pada tingkat 3 dan kubikal yang ketiga yang paling hujung sekali. Lebih-lebih lagi tandas berkenaan terletak pada bangunan lama sekolah atas bahagian sekolah yang jarang digunakan.
Terdapat beberapa cerita mengenai asal-usul kewujudan Hanako-San yang terpaksa menghabiskan masanya di alam baka di dalam Tandas.
Apabila ada yang mengatakan dia terbunuh semasa serangan udara pada perang dunia kedua dengan bersembunyi di dalam tandas sekolah.
Selain itu ada yang mengatakan dia adalah mangsa korban penderaan kanak-kanak oleh ibubapanya sendiri. Pada satu malam, oleh kerana dia tidak tahan segala penderaan yang dialami. Dia mengambil keputusan untuk lari daripada rumah akan tetapi rancangannya terbongkar apabila ibubapanya mengetahuinya. Tanpa berfikir panjang Hanako terus melarikan diri ke sekolah sebelum bersembunyi di tandas sekolah, malangnya dia ditemui dan dibunuh kejam oleh ibubapanya.
Sebuah lagi penjelasan terakhir adalah dia mengambil nyawanya tersendiri di dalam tandas sekolah apabila tak tahan dibuli oleh rakan sekelasnya.
Bagi pelajar ia adalah ujian keberanian dan harus dilalui untuk meningkatkan dewasa dengan menaruh atau mencuba cabaran untuk bertemu dengan Hanako-San.
Caranya dengan melakukan pada masa senja atau tengah malam dengan pergi ke kubikal tandas terakhir di tandas perempuan di tingkat 3 dan mengetuk pintunya sebanyak 3 kali sambil bertanya.
"Hanako-San, awak ada di dalam kah?"
Kebiasaannya akan terdengar suara dari dalam mengatakan.
"Ya, Saya".
Jikalau kamu buka pintu kubikal tandas berkenaan sebaik sahaja mendengar jawapan yang diberikan oleh Hanako-San.
Kelihatan seorang budak perempuan berambut bob serta berpakaian skirt merah mulai tersenyum menakutkan. Manakala ada cerita alternatif lain dengan mengatakan kelihatan beberapa tangan putih atau berdarah keluar daripada lubang tandas mulai cuba mencapai kamu, serta cuba menarik kamu ke dalam lubang tandas. Dikatakan lubang tandas berkenaan adalah pintu ke dunia bawah tanah yang ada kaitan dengan dunia kematian dalam kepercayaan Jepun.
Kalau kamu bernasib baik kamu hanya ditarik kemudian di makan hidup-hidup oleh cicak berkepala 3 di dunia bawah tanah sahaja.
Semestinya cerita urban legend ini cukup terkenal sekali apabila ia sering kali termasuk dalam " 7 scary school wonder" untuk setiap sekolah rendah yang ada di Jepun. Malah ia juga termasuk dalam cerita urban legend yang berkaitan dengan Tandas di mana saya akan kongsikan pada masa hadapan.
Cerita Hanako-San sudah menjadi cerita seram wajib apabila banyak di adaptasi kepada manga, anime, drama dan filem.
Kepercayaan mengenai penggunaan tandas teramat berbeza dengan budaya di Asia Tenggara dengan di Jepun. Jikalau disini pun sekadar penampakkan dan bunyi-bunyi yang menyeramkan sahaja. Tapi sekurangnya kita ada perlindungan terutamanya ilmu agama terutamanya untuk menggunakan tandas. Apabila tandas ini merupakan rumah buat mahluk halus.
Sekian sahaja buat hari ini. Sila komen pendapat anda mengenai urban legend terkenal dari Jepun ini.