Ingat tak lagi, orang tua-tua selalu berpesan jika nak membuang air kecil
di pokok ataupun batu harus meminta kebenaran terlebih dahulu. Petua ini
dipercayai bermula daripada kepercayaan mengenai semangat / penunggu Datuk
Gong. Kepercayaan ini hanya ada di Malaysia, Singapura dan beberapa tempat di
Indonesia. Kepercayaan mengenai Datuk Gong merupakan sesuatu yang unnik dimana
ia adalah gabungan kepercayaan masyarakat Melayu dan kepercayaan masyarakat
Cina. Kepercayaan Datuk Gong memang mempunyai kaitan dengan kepercayaan Datuk
Keramat.
Menurut kepada lagenda tempatan, Datuk ini pada asalnya adalah manusia yang
mempunyai pangkat mahupun darjat serta mereka yang banyak menyumbangkan kepada
masyarakat. Kebiasaanya adalah pemimpin, mereka yang warak, pengamal perubatan
traditional, panglima silat ataupun dukun. Selepas sahaja mereka meninggal
dunia, penduduk akan berdoa di kubur dimana yang meninggal ini bersemadi malah
diletakkan kain kuning pada batu nisan (konsep yang sama dengan keramat).
Kepercayaan ini diamalkan sebelum kedatangan agama Islam ke Nusantara, ia
dipercayai untuk menyembah mahupun menghormati semangat ataupun penunggu yang
tinggal di pokok, batu dan tempat-tempat yang mempunyai keganjilannya
tersendiri.
Ketika kedatangan masyarakat Cina, mereka membawa kepercayaan mereka dari
tanah besar China dengan kepercayaan Confucian dan Tao iaitu kepercayaan untuk
menyembah nenek moyang dengan secara kepercayaan itu bergabung menjadi
kepercayaan yang baru. Dimana kita boleh lihat sekarang ini.
Datuk Gong bagi masyarakat Cina dikenali sebagai “Na Tuk Kong” (semangat
tanah) yang dianggap sebagai dewa tempatan yang dianggap semangat tanah
bersama-sama dengan “Tu Di Gong”.
Kepercayaan terhadap Datuk Gong terutamanya masyarakat Melayu dan India
Islam mulai menurun dengan mendadak apabila fatwa dan mufti mengharamkan serta
melarang amalan tersebut daripada berluasa atas sebab Syirik dan Khurafat. Maka
kepercayaan Datuk Gong terus bertapak dan masih diamalkan hanyalah buat
masyarakat Cina sebagai salah satu kepercayaan dewa-dewi tempatan.
Definasi daripada masyarakat Cina Malaysia
Kepada masyarakat Cina Malaysia,
Datuk Gong merupakan semangat ataupun penunggu tempatan yang tinggal di pokok
besar, besut anai-anai, gua, tebing sungai dan tempat-tempat yang mempunyai
kelainan terutamanya susunan batu (contohnya berbentuk seperti binatang mahupun
corak pada batu berkenaan).
Penyembahan ataupun sembahyang kepada Datuk hanyalah bermula apabila
seseorang diberikan bayangan ataupun visi
daripada Datuk di dalam bentuk rohani. Diantaranya bentuk seperti
harimau putih dan seorang lelaki tua berpakai serba putih. Kebiasanya kuil
unutk Datuk Gong kebiasanya diletakkan di luar rumah bukan di dalam rumah
sebabnya ia mampu memberikan perlindungan secara rohani dan dapat memberikan
tuah yang baik.
Datuk Gong dijadikan simbol dengan pelbagai jenis diantaranya patung
ataupun berhala yang merupainya, tulisan nama pada papan ataupun tablet,
songkok, timbunan setanggi dan bendera-bendera yang melambangkan kehadiran
semangat berkenaan. Kuil kebiasanya dihiasi dengan barang yang mempunyai kaitan
dengan Datuk Gong dan kedudukkan sebagai penunggu Melayu yang beragama Islam
seperti Kain Sarong, Songkok, Keris, Tongkat Rotan dan Baju Melayu dimana akan
diletakkan berdekatan dengan patung ataupun berhala. Adakalanya patung ataupun
berhala ini mempunyai apa yang dinyatakan tadi, boleh dikatakan lengkap yang
boleh dilihat pada patung berkenaan.
Bagi kawasan bandar, Datuk Gong kebiasanya pada kuilnya hanya meletakkan
satu tablet yang tertera nama dan gelaran sebagai “Datuk Gong .... (nama
kawasan tersebut) dimana ia ditulis di dalam bahasa Cina.
Kebanyakkan orang Malaysia menanggap bahawa Datuk Gong hanyalah salah satu
daripada dewa-dewi di dalam kepercayaan Confucian dan Tao, hanyalah dewa biasa
sahaja. Akan tetapi ia hanyalah tanggapan yang salah, pada faktanya Datuk Gong
merupakan semangat ataupun penunggu Melayu Islam. Walaupun terdapat vversi yang
berlainan bagi masyarakat kaum Cina, India, Siam dan Orang Asli dimana
ternyatanya berbeza sama sekali dan ia tak termasuk dengan kepercayaan
dewa-dewi Cina. Fungsi dan kedudukkan Datuk Gong teramat berbeza
mengikut komuniti di sebuah tempat, apa yang utamanya kedudukkan Datuk
Gong sebagai semangat tanah itu kekal apabila ia sudah menjadi tulang belakang
pada kepercayaan tersebut.
Dalam kebanyakkan kuil Cina, kuil Datuk Gong selalunya diletakkan diluar
bangunan utama kuil dimana terdapatnya mezbah kecil di dalam kuil Datuk Gong.
Sebabnya kuil tersebut hanya khas kepada Datuk Gong sahaja dimana jauh berbeza
daripada patung-patung ataupun berhala yang lain yang ditempatkan di bangunan
kuil utama.
Kelainan
Struktur kuil Datuk Gong ini pelbagai mengikut kawasan yang berkenaan.
Sebagai contoh di kawasan lama Georgetown, Kehadiran 7 Beradik adalah perkara
biasa manakala di bandar diraja Klang di Selangor sebahagian besar semangat
ataupun roh-roh yang disembah diperrcayai daripada dikalangan golongan diraja
mahupun berkhidmat ahli diraja (Sultan, pegawai, pahlawan dan lain-lain) dimana
masing-masing dengan identitinya tersendiri.
Terdapat sesetengah Datuk ini mempunyai nama ataupun gelaran peribadi yang
tersendiri, yang akan disebut mahupun dipanggil buat penyembah semasa sesi
menurun yang dibuat oleh pengantara.
Datuk Gong mempunyai nama Melayu, yang kebiasaannya nama yang berkaitan
dengan warna seperti Datuk Merah, Datuk Kuning dan Datuk Putih. Sebab ia
mempunyai kaitan dengan tradisi orang Melayu, dimana semangat tersebut
dikategori kepada nama yang khusus. Warna itu dipercayai melambangkan setiap
keperibadian Datuk Gong. Hijau merupakan keramat timur yang berkuasa memastikan
pertumbuhan flora dan fauna; Merah melambangkan keramat selatan yang berkuasa
mengawal kemarau, api dan tuaian; Putih melambangkan keramat barat yang
berkuasa mengawal nasib baik dan malang; Hitam melambangkan keramat utara yang
berkuasa mengawal keseimbangan dan kesejateraan bagi setiap wakil keramat pada
setiap warna.
Terdapat juga versi wanita buat Datuk Gong, yang dikenali sebagai Datuk
Nenek (Na Du Nai Nai). Cara penyembahan kepada Datuk Nenek dengan memberikannya
minyak wangi dan alat solek. Ia melambangkan kepercayaan masyarakat Cina
mengenai dunia balka / akhirat dan sifat kemanusian bagi dewa-dewi berkenaan.
Seluruh Malaysia, terdapatnya sebuah kuil kecil yang berwarna merah di tepi
jalan ataupun di bawah pokok dimana ia digunakanoleh masyarakat Cina yang
berada disana untuk kuil yang lebih tua mempunyai seni bina dengan elemen
unsur-unsur Islam seperti bulan sabit dan tulisan jawi. Di dalam kuil terdapat
satu ruang yang ringkas, patung ataupun berhala Datuk Gong didalamnya.
Barang-barang ataupun juadah diletakkan pada mezbah kecil dihadapan berhala.
Terdapat juga kuil lebih besar boleh didapati di kuil-kuil utama yang khas
unutk Datuk Gong, kebiasaannya kesemua kuil yang ada hanyalah bersaiz kecil.
Penyembahan
Penyembahan biasanya diletakkan pada mezbah ataupun kuil sekali pada waktu
peang, ketika matahari terbit dan waktu matahari senja.
Masyarakat Cina menyembah Datuk Gong dimana mereka percaya bahawa Datuk
Gong mempunyai kuasa unutk memastikan keamanan, keharmonian dan keselamatan di
kawasan rumah dan kilang. Maka tidak hairanlah kuil Datuk Gong didirikan di
kilang milik orang Cina yang dibina pada tanah baru dibuka ataupun bekas sebuah
hutan.
Penyembahan diberikan adalah sepasang lilin putih, 3 setanggi dan kemenyan
yang dibakar. Mereka yang menyembah Datuk Gong akan menyediakan persembahan
khas pada setiap petang hari khamis dengan satu set daun serih bersama kapur,
hirisan pinang, tembakau jawa dan rokok daun; akan disajikan bersama-sama buah-buahan
serta penyembahan yang biasa.
Setiap Datuk hanyalah satu individu maka hari jadinya akan disambut oleh
penyembah dengan besar-besaran. Di utara tanah air (Perlis, Kedah dan Penang),
penyembah akan menyediakan ayam yang disembelih dan kadang-kadang kambing akan
dijadikan juadah utama dalam kenduri. Paling penting sekali makanan yang
disediakan haruslah halal termasuk juga binatang yang disembelih. Maka khinzir
itu tidak bersih maka ia dilarang sama sekali di kuil Datuk Gong. Daging
tersebut dimasak menjadi kari dan disembahkan kepada Datuk Gong bersama-sama
dengan nasi kunyit, seperti mana disajikan dalam budaya Melayu. Oleh kerana
penyembah ini daripada komuniti Cina, kenduri yang ada sekarang ini juga
memasukkan makanan Cina dimana turut disembah kepada dewa-dewi Taoist.
Penyembah Datuk Gong tidak dibenarkan untuk bersembahyang jika mereka ada
memakan khinzir sebelum mereka membuat penyembahan. Jika terdapatnya wanita
ynag datang bulan, mereka dilarang sama sekali untuk menyentuh patung ataupun
berhala Datuk Gong terutamanya di kepala.
Terdapat juga jika penjaganya orang Melayu, penyembah orang Cina boleh
meminta penjaga itu berdoa mengikut cara Islam dan memberikan derma selepas
selesainya perkhidmatan (kubur-kubur keramat).
Penyembah menyembah Datuk Gong dengan bantuan terutamanya dalam nombor ekor
serta meminta bantuan jika dirasuk oleh hantu-hantu Melayu mahupun disihir
dengan cara sihir Melayu. Ia dikirakan Datuk Gong boleh mengawal mahupun
melawan semangat atau hantu Melayu.
Datuk dan keramat dianggap sebagai kuasa alternatif untuk membantu didalam
perubatan kerohaian dan perlindungan. Pengantara (bomoh) menjadi pengantara
diantara penyembah dan semangat ini. Apabila semangat ini datang, pengantara
akan menurun dan dirasuk oleh semangat Datuk Gong serta keperibadiannya. Dia
akan menjalankan upacara dan masa sesi konsultasi bermula. Semasa sesi
penyembah akan beratur untuk mendapat rahmat, menyembuhkan penyankit luaran
serta dalaman termasuk juga yang ghaib, ramalan, nombor ekor dan panduan mengatasi
halangan dalam kehidupan seharian. Kebiasannya sesi konsultasi akan dilakukan
pada hari pertama ataupun hari ke 15 dalam 1 bulan mengikut kalender bulan.
Datuk yang dikenali dalam sejarah
Panglima Ah Chong
Asalnya datang daripada keluarga Kantonis Hakka, yang bernama So Ah Chong.
Beliau merupakan ketua kepada Ghee Hin ialah sebuah kongsi gelap yang
ditubuhkan lebih 16 penempatan lombong bijih timah. Majlis perbandaran Taiping,
Perak menamakan sebuah jalan atas jasa dan sumbangan kepada ekonomi. Pada June
1865, beliau ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati oleh Ketua Melayu di Matang
semasa Perang Larut semasa kumpulan kongsi gelap, namun Ketua Melayu berkenaan
memberikan penghormatan kepadanya dengan memberikan gelaran “Panglima” Ah
Chong. Selepas kematiannya, beliau diangkat menjadi dewa dan apa yang dihajati
menjadi. Mala masyarakat Cina di Matang mulai membina kuil semata-mata unutk
menyembah beliau.
Dato Haji Keramat
Didalam istilah Melayu, Datuk keramat bermakna penuggu kuil yang dialih
bahasa dalam Cina sebagai Na Tuk Kong dimana penggunaan “Kong” adalah istilah
hormat. Dato Haji Keramat dipercayai sebagai penunggu tanah yang teramat
berkuasa, dimana membantu sesiapa sahaja yang ikhlas berdoa kepadanya. Dato
Haji Keramat teramat bencikan alkohol / arak. Terdapat pelbagai versi Na Tuk
Kong. Di dalam kepercayaan sistem Tao Cina, Na Tuk Kong mempunyai gelaran rasmi
di dalam skrip Cina sebagai Datuk Zunwang.
Pemahaman
Kepercayaan mengenai datuk Gong bermula dengan kepercayaan keramat. Ia
adalah kepercayaan wujudnya entiti berkuasa ataupun penunggu yang harus
dihormati. Dengan memberikan hormat, penunggu berkenaan dipercayai akan
memberikan perlindungan dan mengelak daripada kejadian yang tak diingini
berlaku.
Kepercayaan ini diamalkan sebelum kedatangannya agama Islam ke nusantara.
Oa merupakan kepercayaan Melayu kuno sebelum diadaptasi oleh masyarakat Cina ke
dalam kepercayaan mereka.
Kepercayaan ini tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu dengan ilmu
agama melarang pengamalnya (walaupun ada masih yang mengamalnya) akan tetapi
masih lagi diamalkan oleh masyarakat Cina. Dengan peredaran masa, kebanyakkan
terutamanya orang muda masyarakat Cina ini berani dikatakan tidak beragama
mahupun mempunyai sebarang pegangan agama sekalipun. Malah ada sekalipun tidak
akan langsung pedulikan amalan ini.
Yang membuat kita terkilan sekali apabila ada individu yang tak
bertanggungjawab sanggup dan mencuba menabur fitnah dan memecah belahkan
perpaduan diantara kaum dengan alasan agama. Mereka ini tak langsung membuat
apa-apa jenis bacaan ataupun kaji selidik, dengan terus menaburkan fitnah
mahupun batu api semata-mata nak memprovokasi dengan alasan dia ini lebih alim
mahupun warak. Kebiasaannya mereka ini daripada golongan minda yang sempit, racist dan extremist agama.
Itulah yang apa saya jumpa semasa saya mmebuat kajian mengenai Datuk Gong.
Sumber-sumber internet yang saya cari mengenai Datuk Gong tiada yang di dalam
bahasa, apabila kebanyakkannya di dalam bahasa Inggeris.
Infomasi yang dikongsikan ini sekurang-kurangnya dapat memberikan serba
sedikit kefahaman mengenai kepercayaan Datuk Gong. Sekurangnya kita boleh
memahami kepercayaan dan adat masyarakat Cina.
Saya ini berdarah campur, sepanjang saya membesar saya sudah dilihatkan
pengaruh serta kepercayaan adat bagi kedua-dua pihak. Walaupun adat ini saya
ikut akan tetapi ada beberapa terutamanya di dalam bab upacara sembahyang itu
saya tak dapat ikuti apabila ia bercanggah dengan fahaman agama Islam. Apa yang
harus kita buat hanya buat cara apa yang agama yang kita anuti bukan cara
mereka ini.
Jika kamu nak tahu, di perkuburan Cina. Selalunya terdapatnya tablet
ataupun gambar kecil berdekatan dengan kubur tersebut adalah Datuk Gong.
Dipercayai Datuk Gong menjaga kubur tersebut termasuk juga penghuni kubur
tersebut. Maka semasa Qing Ming seperti mana saya pernah jelaskan dahulu turut
menyembah Datuk Gong sekali dengan sembahnyang kubur.
Apa yang baik itu diamalkan dan apa yang jahat itu dihindari. Asalkan kita
tahu menghormati kepercayaan dan adat masyarakat kaum lain. Sebabnya kita
adalah orang Malaysia dan perpaduan itu utama dan jangan sesekali nak
menghancurnya. Adat dan budaya itu harus dijaga agar golongan masa depan dapat
menghayatinya dan ia patut di lindungi apabila ia gabungan 2 budaya.
Sumber:
7. The Malaysian Book of The Undead, compiled by Danny Lim.
Tokong kecil yang sering kelihatan di tepi jalan. |
Seorang medium menjalankan upacara selepas dirasuk oleh semangat Datuk Gong. |