Pat mulai tergesa-gesa mengambil barang yang dia dapat capai apabila
kedengaran bunyi loceng keselamatan. Pat tidak sengaja membunyikannya apabila
dia cuba memecahkan peti keselamatan rumah yang dia pecah masuk itu. Dia
sendiri pastikan rumah tersebut tidak berpenhuni apabila tuan rumah tersebut
pergi melancong dan bagi dia yang tida sangka bahawa tuan rumah ada memasang
sistem keselamatan pada rumah tersebut. Langkahnya sudah tidak tentu arah dan
apa sahaja yang dia berjaya mencapainya sekurang-kurang ada juga dia mencuri.
Pat terus membuka langkah seribu apabila dia mulai terdengar bunyi siren polis
dari jauh, meninggalkan rumah tersebut tanpa berfikir panjang.
Setiba sahaja Pat pada tempat pensembunyiannya, Pat terus geledah
barang-barang yang dia curi tadi. Habuannya tidak sebanyak yang dia inginkan dan
dia tidak mampu membuka sebuah peti kecil yang ternyata ia terkunci. Hatinya
mulai menjadi panas apabila hasil kerjanya tidak membawa hasil yang banyak buat
dirinya lalu dia menjatuhkan kesemuanya pada lantai dengan marah sekali. Pat
terdengar sesuatu lalu dia tercari-cari apa benda yang membuat bunyi seperti
besi terjatuh ke lantai.
Pat melihat sebuah anak kunci antik berwarna hitam, Pat mengambilnya bagi
dia langsung tidak ingat yang dia ada
mengambil kunci itu. Pat tertanya-tanya pada dirinya apa kegunaan kunci itu dan
apa yang mampu dibuka oleh kunci antik. Pat teringat pada peti kecil yang sudah
terpelanting jauh ke sudut bilik, dengan tergesa-gesa Pat mendapatkan peti
tersebut. Dengan hampa sekali ternyata kunci antik tersebut lebih besar
daripada mulut kunci akan tetapi bagai satu kuasa menyuruhnya untuk memasukkan
kunci antik tersebut pada lubang kunci walaupun baginya adalah mustahil sekali.
Pat agak terkejut besar apabila dengan tiba-tiba lubang kunci pada peti
tersebut menjadi besar malah bagaikan magnet menarik kunci antik itu ke dalam
lubang kunci. Pat bagaikan terkilan apa yang mustahil menjadi benar dan ia
semestinya diluar pemikiran logik akal. Pat dengan perlahan-lahan memutarkan
kunci antik dan kedengaran bunyi kunci pada peti tersebut sudah terbuka.
Pat sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang ada didalam peti tersebut
dan dalam hatinya ia berharap ia sesuatu yang berharga. Dengan perlahan-lahan
Pat membuka peti tersebut dengan tiba-tiba Pat menjerit ketakutan apabila
kelihatan sepasang mata yang besar dengan merah menyala merenung tajam ke
arahnya. Pat cuba menlepaskan dirinya akan tetapi dia tidak mampu apabila
sepasang tangan berkulit hitam dengan bulu yang tebal sekali sudah memegang
erat kedua-dua tangan Pat. Pat cuba bergelut untuk melepaskan dirinya akan
tetapi genggaman lembaga tersebut semestinya bukan lawannya.
Dengan perlahan-lahan Pat ditarik ke dalam peti tersebut, Pat masih
terjerit-jerit meminta tolong dengan harapan suaranya didengari akan tetapi
tiada yang datang membantunya. Tagan lembaga tersebut cuba menarik Pat ke dalam
peti akan tetapi mulut peti tersebut ternyata kecil sekali, lalu lembaga
tersebut dengan ganas sekali memaksa Pat masuk ke dalam peti tersebut.
PRAK! PRAK! PRAK!
Kedengaran bunyi tulang berpatahan serta darah pekat mulai mengalir dan Pat
mulai terjerit-jerit kesakitan yang terlampau baginya. Dengan perlahan-lahan
tubuh badan Pat ditarik secara paksa oleh lembaga tersebut serta bunyi tulang
berpatahan masih lagi kedengaran berulang-ulang kali. Dengan tiba-tiba peti
tersebut tertutup dengan kuat sekali apabila keseluruhan tubuh Pat sudah
ditarik masuk. Darah mengalir keluar dari mulut peti tersebut manakala Kunci
antik itu sudah ghaib daripada pandangan.
Kehilangan Pat tiada seorang pun disedari apabila nasib pencuri ini tidak
bermakna kepada orang dikelilingnya. Mereka yang sentiasa berbuat jahat tidak
mungkin akan dikenang walaupun dia sudah berubah mahupunh sudah bertaubat.
Manakala Kunci antik yang tiada seorang tahu kemana hilangnya ada kemungkian ia
terus mencari mangsanya yang baru yang mempunyai perasaan ingin tahu yang
menebal serta ketamakkan pada hati setiap manusia sebagai perangkap buat mangsa
kunci antik hitam ini.
Sekian.