Dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan ataupun Perayaan Pertengahan Musim
Luruh, merupakan perayaan yang dirayakan selepas orang Cina menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir dinasti Yuan (1280 sebelum masihi – 1341 masihi).
Kuih Bulan juga dikaitkan dengan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah
perayaan yang berbeza yang dirayakan di China akan tetapi berbeza buat negara
lain contohnya Singapura dan Malaysia.
Perayaan ini disambut oleh masyarakat etnik Cina dan masyarakat Vietnam.
Perayaan ini dirayakan pada hari ke15 pada bulan ke8 di dalam kalender Cina dan
kalender Vietnam (pada akhir bulan Ogos sehingga akhir bulan September). Ia
selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada masa itu, bulan biasanya
mengambang penuh dan terang sekali, menjadikannya waktu yang paling sesuai
untuk meraikan hasil tuaian musim panas.
Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain
daripada Perayaan Tahun Baru Cina. Perayaan disambut dengan perarakkan tanglung
pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.
Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini.
Apabila ia diperbuat daripada adunan manis yang berintikan kacang merah atau
adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Tapi sekarang kuih bulan ada
berjenis bentuk, rasa dan jenis.
Maksud perayaan
Perayaan ini disambut atas 3 dasar penting iaitu:
·
Gathering (Berkumpul), dimana keluarga dan rakan-rakan datang berkumpul dan menuai
hasil tanaman ketika perayaan.
·
Thanksgiving (Bersyukur), bersyukur atas tuaian yang baik ataupun keharmonian dalam
kehidupan.
·
Praying (Berdoa), berdoa ataupun berhajat seperti mendapatkan anak, kesejateraan
suami isteri, kebahagian, rezeki, panjang umur ataupun untuk masa depan yang
baik.
Tradisi dan mitos perayaan berdasarkan kepada 3 dasar ini akan berubah
mengikut kepada peredaran masa apabila perkembangan teknologi, sains, ekonomi,
budaya dan agama.
Lagenda dikaitkan dengan
Perayaan Kuih Bulan
Chang’e & Hou Yi
Pada zaman dahulu, terdapat 10 matahari di langit yang muncul dengan
tiba-tiba yang menyebabkan kesemua tumbuhan yang ada dimuka bumi terbakar.
Manusia mulai mati daripada bahang matahari tersebut.
Pada satu hari, seorang pahlawan yang bernama Hou Yi menggunakan busur lalu
memanah jatuh 9 matahari dan meninggalkan 1 dimana yang cukup menerangi bumi.
Kesemua manusia di bumi dapat diselamatkan.
Atas jasa Hou Yi, Maharani Barat (Isteri kepada Maharaja Jed, Raja
Kayangan) meanugerahkan Hou Yi ubat hidup abadi dimana yang membuat Hou Yi
menjadi hidup abadi dan menjadi seorang dewa. Akan tetapi ubat berkenaan hanya
untuk seorang diri sahaja. Hou Yi ingin menjadi seorang dewa akan tetapi dia cukup mencintai isterinya Chang’e sehinggakan
dia sanggup melepaskan daripada memakan ubat tersebut apabila dia tak ingin
berpisah dengan isterinya tersayang. Lalu Hou Yi memberikan ubat tersebut
kepada isterinya Chang’e untuk menjaga ubat tersebut.
Hou Yi menjadi bertambah terkenal selepas dia berjasa memanah jatuh 9
matahari dan ramai ingin berguru dengan beliau. Kebanyakkannya Hou Yi
menerimanya dengan hati terbuka. Sayang tak kesemua anak murid Hou Yi ini
berakhlak mulia, Peng Meng salah seorang daripada pelajarnya inginkan ubat
abadi untuk kepentingan diri sendiri.
Pada satu hari, Hou Yi pergi memburu bersama-sama dengan anak muridnya
kecuali Peng Meng yang berpura-pura sakit yang terpaksa ditinggalkan di rumah.
Selepas Peng Meng memastikan Hou Yi dah pergi, dia bergegas ke rumah Hou Yi
lalu memaksa Chang’e untuk memberikan ubat berkenaan kepada Peng Meng.
Oleh kerana Chang’e tahu dia tak mampu mengalahkan mahupun melawan Peng
Meng, Chang’e dengan segera memakan ubat tersebut. Dengan perlahan-lahan tubuh
Chang’e menjadi ringan dan terbang pergi ke langit. Ubat itu telah menukar
Chang’e menjadi dewi dan menjadi hidup abadi. Akhirnya Chang’e berhenti di
bulan apabila ia paling hampir dengan bumi, Chang’e tak mampu kembali semula ke
pangkuan suaminya dan dia berasa sedih apabila ia tak akan bertemu semula
dengan suaminya tersayang.
Apabila Hou Yi mendapat tahu apa yang terjadi kepada isterinya, hatinya
terluka dan dia dalam berduka. Dikala malam Hou Yi akan terjerit-jerit
memanggil nama isterinya ke arah langit dengan harapan untuk bertemu dengan
isterinya tersayang. Pada satu malam, ketika Hou Yi menjerit-jerit nama
isterinya dengan tiba-tiba dia ternampak kelibat isterinya di bulan. Lalu Hou
Yi menyediakan tempat persembahan dengan menyediakan makanan dan buah-buahan
kesukaan isterinya sebagai perhormatan dikira sebagai memorial.
Chang’e diangkat sebagai Dewi Bulan, penduduk tempatan akan memberikan
juadah persembahan kepada Chang’e untuk mendoakan keamanan dan tuah yang baik.
Dengan ini budaya persembahan kepada Chang’e bermula daripada lagenda ini.
Dewi Bulan, Chang'E |
Wu Gang dan Pokok Cherry Bay
Wu Gang ini seorang penebang pokok. Dia ini ingin menjadi orang abadi
ataupun dewa akan tetapi dia tak pernah berusaha mahupun mencuba mempelajari
kaedah untuk menjadi apa yang dia hajatkan.
Maharaja Jed menjadi murka dengan sifat Wu Gang. Sebagai hukuman buat Wu
Gang, Maharaja Jed menanam sebuah pokok Cherry Bay yang besar sekali sekitar
1665 meter (5460 kaki) di atas bulan. Lalu baginda memerintahkan Wu Gang untuk
menebang pokok tersebut, jika dia dapat menumbangkan pokok berkenaan maka dia
akan diangkat menjadi dewa.
Pada masa itu, Wu Gang serius akan tetapi usahanya mulai terjejas apabila
setiap kali dia menebang pokok tersebut. Pokok tersebut akan kembali normal
ataupun pulih sepenuhnya seperti tiada apa-apa setiap kali Wu Gang cuba
menebangnya. Wu Gang terus cuba menebang pokok tersebut tanpa berasa nak putus
asa walaupun dia sudah mencubanya beberapa kali.
Dikala langit tak berawan, kita boleh terlihat bayangan gelap pada bulan ia
adalah hasil daripada bayangan gelap daripada pokok Cherry Bay.
Arnab Jed
Diceritakan , terdapat 3 dewa turun ke bumi. Mereka menyamar menjadi
pengemis tua untuk menguji kehidupan yang ada di bumi. Pada satu hari, mereka
meminta makanan dengan seekor rubah, monyet dan arnab.
Ketiga-tiga haiwan ini keluar mencari makanan, hanya rubah dan monyet
sahaja dapat mencari makanan dan diberikan kepada 3 pengemis tersebut .
Manakala arnab tak dapat menjumpai sebarang makanan dan balik dengan tangan
kosong.
Arnab tersebut berasa bersalah kerana tak dapat memberikan makanan kepada 3
pengemis, lalu arnab itu berkata kepada 3 pengemis “Sila makan saya” dan tak
membuang masa terus melompat ke dalam api.
Ketiga-tiga dewa tersebut terharu dan tersentuh apa yang dilakukan oleh
arnab atas pergorbannya. Dengan sebulat suara, mereka menjadikan arnab tersebut
dengan gelaran “Arnab Jed” dan dihidupkan semula sebelum dijadikan abadi. Sejak
itu, Arnab Jed tinggal menemani Chang’e di istana bulan dan terus bekerja
menumbuk ubat abadi yang dikhaskan untuk dewa-dewi di kayangan.
Apa kamu nampak? |
Perayaan pada zaman moden
Pada perayaan menyambut kesyukuran hasil tuaian yang baik dengan mengadakan
persembahan dengan memberikan nasi dan gandum bagi memberikan perhargaan pada
bulan. Kebiasanya perjumpaan ataupun berkumpul iaitu keluarga dan rakan-rakan
di luar rumah ataupun halaman rumah untuk menikmati kuih bulan sambil mengamit
keindahan bulan penuh, ia melambangkan keharmonian dan perpaduan diantara
keluarga dan rakan-rakan.
Perayaan ini disambut dengan pelbagaian budaya pada daerah dan tempat yang
berbeza, seperti:
·
Upacara
sembahyang dengan membakar setanggi (Hiong) dan makanan kepada dewa dewi
terutamanya Chang’e, dengan menyatakan kesyukuran dan berhajat sesuatu yang
baik.
·
Persembahan
tarian naga dan singa, seperti diamalkan di selatan China, Vietnam, Singapura,
Malaysia, Philippine, UK, USA dan tempat-tempat adanya masyarakat cina.
·
Ahli
keluarga akan pulang ke rumah untuk mengadakan jamuan makan malam bersama-sama
dengan keluarga hampir sama seperti perayaan Tahun Baru Cina.
·
Perarakkan
tanglung yang digemari sekali oleh kanak-kanak dimana mereka akan membawa
tanglung dan ditemani dengan ibubapa mahupun penjaga untuk berjalan di taman,
sekitar perumahan mahupun perkarangan rumah. Tanglung pelbagai jenis daripada
traditional kepada yang moden menerangi pada malam Pesta Kuih Bulan.
Pesta Pertengahan Musim Luruh, merupakan salah satu adat dan budaya yang
masih diamalkan oleh masyarakat Cina, yang dirayakan setiap tahun walaupun
berlainan agama. Apabila ia adalah adat dimana ia harus dikekalkan untuk
anak-anak yang masa depan.
Saya ingin mengucapkan buat warga Tiong Hua, Selamat Menyambut Festival Kuih Bulan. |