Khamis, 24 Ogos 2017

Ada sebab mengapa, bahagian 7.

Salam Malam Jumaat,


Ada sebab mengapa orang tua-tua melarang kita memakai loceng terutamanya rantai loceng ataupun loceng kaki. Selain daripada ia membawa kepada bunyi bising dan ia sesuatu yang tak harus dipakai sebagai aksesori. 

Loceng ini adalah kira penarik mahupun memanggil mahluk-mahluk halus ini. Malah didalam agama Islam melarang penggunaan loceng. Selain daripada itu, ia kira kamu sengaja memanggil benda itu kepada kamu dan selalu kesnya di dalam rumah. Rata-rata mahluk ini akan datang ke rumah dan malah terus menetap di rumah kamu diami. 

Kedengaran bunyi loceng padahal tiada yang mengerakkan mahupun kamu sengaja membunyikannya. Ia adalah penanda bahawa mahluk berkenaan ada di rumah dan teramat mustahil apa jenis mahupun bilangan yang tinggal di rumah kamu. Apabila benda ini mulai menggangu bererti rumah tu tak kuat terutamanya dinding apabila tiada pendinding keimanan, jika rumah tu dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat suci dan solat, mahluk halus tak akan tahan lama dan lari keluar. 

Terpulang kepada kita sama ada nak dengar mahupun tak pedulikan langsung. Ia sekadar nasihat daripada orang tua-tua sahaja. Lagipun agama dan kepercayaan lain ada menggunakan loceng dalam keagamaan mereka juga, jadi lebih baik biarkan mereka gunakan bukan kita yang beragama Islam.

Lebih baik hormati daripada bersikap biadap dan kurang ajar kepada orang tua-tua. 

Selain itu bukan hak kita sebagai orang Islam untuk menindas mereka yang bukan beragama Islam untuk menghina dan bersikap biadap, selain daripada ia perbuatan mereka tak bertamadun malah ia menjejaskan nama baik agama Islam seperti mana berlaku sekarang ini baik di muka television mahupun di dunia media sosial. Ditegaskan bukan hak kita mahupun sikap Malaysian, perbuatan racist adalah perbuatan paling rendah daripada lain dan ia dilarang tegas dalam agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan