Ada sebab mengapa orang tua-tua sering kali berpesan dengan kita apabila kita terlihat, terhidu dan terdengar sesuatu yang ganjil. Jangan sesekali menegurnya serta lebih baik kita berdiam diri dan buat-buat kamu tidak melihat, terhidu dan terdengar.
Semua kejadian yang tidak diingini berlaku mahupun gangguan pun semuanya bermula apabila kita menegur. Walaupun semua bermula dariapda perasaan ingin tahu adakalanya boleh mengkianati diri kita sendiri.
Selalunya kes yang berlaku apabila berlakunya gangguan bermula daripada ditegur mahupun menegur. Apabila kita terlihat, terhidu mahupun terdengar sesuautu yang ganjil terus kita menegur agar kita tahu apakah benda itu. Tak kiralah secara biasa mahupun memuji.
Contohnya ketika di dalam hutan, kubur, sungai, laut, gunung, bukit, gua, tempat-tempat yang sudah lama ditinggalkan mahupun terbiar, tempat berlakunya kematian (hospital) dan tempat-tempat yang sunyi hanya pada malam hari.
Benda-benda halus ini pantang sekali ditegur apabila ia beranggap kamu bertindak biadap apabila kamu menegur apa yang ia lakukan dan kamu bakal diganggu semata-mata ia ingin mengajar kamu akibat bersikap biadap. Punca kedua pun alam manusia dan alam ghaib adalah dua alam yang teramat berbeza dimana satu sama lain tidak boleh dilihat sama sekali. Apabila kita manusia menegur, kamu telah menyatakan secara terbuka yang kamu melihat mahluk halus itu. Bagi kita tahu mahluk halus ini tak boleh dilihat oleh mata kita sendiri maka peraturan bagi kedua-dua alam itu menjelaskan kita tak boleh melihat satu sama lain ataupun bersemuka. Apabila mahluk halus itu mendapat tahu yang kita menegurnya, ia akan menganggu apabila kita tahu kehadirannya.
Jadi lebih baik kita sahaja mengetahuinya dan Jangan kamu menehurnya. Jika kamu seorang maka kamu seorang sahaja yang kena manakala jika kamu berkumpulan maka sekumpulan itu akan diganggu. Tak kisah sesiapa yang menegurnya sekalipun, semua akan menerima tempiasnya. Berdiam daripada menyusahkan orang lain, sekurang-kurangnya kamu boleh mengelak daripada kejadian yang lebih teruk daripada berlaku.
Setiap pesanan orang tua-tua ada sebabnya mengapa dan percaya mahupun tidak itu terpulang jika kita mahu mempercayai ataupun tidak. Sediakan payung sebelum hujan dan janganlah kita menyusahkan diri sendiri mahupun orang lain. Asalkan Jangan Tegur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan