Khamis, 10 Ogos 2017

Ada sebab mengapa, bahagian 5.

Salam Malam Jumaat,


Ada sebab mengapa orang tua-tua dahulu akan memberitahu untuk meminta izin terutamanya memasukki tempat baru mahupun melepaskan hajat. Apabila mereka percaya kewujudan mahluk Ciptaan-Nya yang lain dimana rata-rata orang sekarang sudah tak mempercayainya walaupun kuat beragama. 

Pedulilah apa yang dikatakan, khurafat dan syirik sekalipun apabila kemaluan kamu membengkak ataupun perut kamu seperti ibu yang mengandung 9 bulan ataupun dalam keadaan membusung. Apa yang kamu nak katakan apabila ia terjadi kepada diri sendiri?

Orang tua-tua sering kali berpesan jangan membuang air kecil mahupun besar ditempat-tempat yang tidak sepatutnya. Antaranya ditempat-tempat yang terpencil, hutan, busut, tempat air bertakung, mata air, pokok dan sebagainya.

Tempat-tempat berkenaan pada pandangan mata kasar hanya itu sahaja akan tetapi bagi alam ghaib, ia merupakan tempat tinggal bagi mahluk-mahluk halus ini. Ia semestinya perbuatan yang biadap apabila rumah kamu sendiri  dikencing mahupun dikotori dengan najis bukan. Biarpun bagi kita manusia akan turut berfikiran yang sama bukan? 

Apabila keadaan darurat dan terdesak serta tiada tempat lain boleh digunakan untuk melepaskan hajat kamu maka ia terpaksa. Bukan main lepas sahaja tanpa membuat apa-apa bukan. Sebelum kamu ingin melepaskan hajat kamu, bacalah “Bismilllah” barulah kamu lepaskan. Yang lain seperti meminta izin, ludah pada tempat yang kamu nak lepaskan hajat, dengan berkata “Tumpang ke tepi” dan seperti mana orang tua-tua sering kali memberitahu dengan meminta izin dengan “Datuk, Nenek. Cucu tumpang .... (air kecing ataupun besar, tengok kepada keadaan).

Percaya mahupun tidak itu terpulang la. Jangan berikan alasan ia mengarut sebab darjat kita sebagai manusia adalah lebih tinggi daripada mahluk-mahluk halus nie akan tetapi jika ia berlaku seperti mana diterangkan awal tadi. Ia boleh membuat sesiapa sahaja terdiam dan rasa menyesal itu baru timbul. Nasi sudah mencari bubur, maka terimalah pembalasan atas perbuatan yang biadap itu sendiri. Jika kamu bawa berubat, semua akan memberikan penjelasan yang sama dan cara mengubati pun tidak memerlukan banyak perkara. Ubatnya kamu perlu meminta maaf, pada tempat-tempat kamu lepaskan hajat tanpa memberitahu itu. Hanya terpulang kepada Yang Maha Esa sama ada mahluk yang tinggal di sana memaafkan perbuatan kamu itu ataupun tidak. Jika ego kamu menguasai diri kamu, tak ingin meminta maaf maka penderitaan itu akan berterusan sehinggakan kamu meminta maaf.

Dunia ini bukan sahaja didiami oleh kita manusia sahaja malah kita berkongsi dengan ciptaan Yang Maha Esa yang lain seperti tumbuhan, haiwan serta mahluk-mahluk halus dimana pancaindera kita tak mampu melihatnya kecuali mereka yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Kita kena sedar mengenainya dan kita kena sedar bahawa kita berkongsi dengan yang lain. Meminta izin itu tidak salah juga bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan