Khamis, 9 Februari 2023

Fatal Fare / Tambang Berbahaya


 Salam Malam Jumaat semua,

Pada ini saya ingin berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun yang mengenai kejadian yang menakutkan terutamanya buat pemandu teksi di Jepun. 

Mengikut lagenda, dengan tiba-tiba seseorang menahan teksi di kawasan yang sunyi sepi dan jauh daripada bandar yang ingin menggunakan perkhidmatan pengangkutan ini.

Akan tetapi pemandu teksi di Jepun terkenal dengan sifat ramahnya, akan menerima penumpang misteri ini. Lalu ditanya ke mana destinasi nak dituju, kebiasaannya ia adalah kawasan atau lokasi yang pernah didengari atau diketahui, buat pemandu teksi dia sendiri tak tahu bagaimana untuk ke sana. Penumpang sedia memberikan penunjuk jalan ke tempat tersebut, mahu tak mahu pemandu menerima permintaan itu.

Perjalanan agak jauh dan semangkin jauh daripada pusat bandar dan pekan dari titik permulaan perjalanan. 

Apabila soalan demi soalan ditanya jalan yang harus digunakan kepada penumpang, jawapan yang diberikan adalah sama sahaja "Di hadapan lagi", akhir pemandu teksi mengambil keputusan untuk berpaling ke belakang untuk melihat penumpangnya untuk bertanya lebih lanjut.

Kelihatannya tiada langsung sesiapa di tempat duduk belakang teksi malah penumpang misteri tersebut telah lesap menghilangkan diri.

Sebaik sahaja pemandu teksi memandang ke hadapan semula, dia terus menghentam brek dengan kuat sekali. Apabila dia hampir memandu terus ke tebing yang curam. Jikalau dia tak henti, nyawanya pasti melayang. 

*  *  *  *  *  *

Ada yang mengatakan ia berlaku pada waktu malam dan ada juga mengatakan ia berlaku ketika hujan lebat serta kebiasaannya penumpang itu adalah seorang wanita. Sebaik sahaja penumpang itu ghaib, pada tempat duduk belakang teksi terdapatnya kelopak air dimana penumpang misteri itu duduk. 

Dari kawasan yang sunyi kepada kawasan perkuburan, pasti ada penumpang misteri akan berdiri dan cuba menahan teksi. 

Ia adalah Cerita urban legend Jepun yang agak menyeramkan sekali dan kira amaran buat pemandu teksi di Jepun mengenai berhati-hati mengambil penumpang di kawasan yang sunyi sepi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan