Salam Malam Jumaat,
Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri
yang tinggal agak terpencil dari orang ramai. Si suami bernama Pak Ali dan Si
Isteri bernama Mak Labu. Sungguhpun sudah lama mereka berumah tangga tetapi
mereka masih belum mempunyai cahaya mata.
Pada suatu hari Pak Ali telah berterus terang
dengan isterinya. “Labu, aku berhajat hendak beristeri seorang lagi kerana berkehendakkan
anak, walaupun sudah lama engkau menjadi isteri aku tetapi engkau tidak dapat
melahirkan anak.”
“Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang
berkahwin lain walaupun berat rasa hati ini,” beritahu Mak Labu terus terang.
“Terima kasih atas kerelaan engkau itu Labu.
Aku akan bersifat sama adil bila aku beristerikan seorang lagi nanti,” janji
pak Ali.
Akhirnya Pak Ali pun beristeri baru. Isteri
barunya itu bernama Mak Kundur. Walaupun mereka bermadu tapi mereka tinggal
serumah. Tepat seperti dijanjikan, Pak Ali melayan isteri-isterinya itu
seadil-adilnya.
Setelah setahun berkahwin, dengan tidak
disangka-sangka isteri tuanya yang disangka mandul itu mengandung empat bulan
dan isteri mudanya mengandung tiga bulan.
“Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi
aku akan mendapat dua orang anak sekaligus,” fikirnya dalam hati.
Apabila sampai masanya, kedua-dua orang
isterinya itu pun melahirkan anak. Kedua-duanya anak perempuan belaka. Anak Mak
Labu diberi nama Bawang Merah dan anak Mak Kundur bernama Bawang Putih.
Nama-nama itu diambil sempena dengan tanaman Pak Ali yang sangat subur pada
masa itu iaitu bawang merah dan bawang putih. Semenjak itu juga nama kedua-dua
isterinya ditukar menjadi Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih. Masa terus
berlalu. Kini umur kedua-dua anaknya telah mencapai dua belas tahun. Rupa
kedua-dua gadis itu sangatlah cantik. Memang sukar anak-anak gadis di kampung
itu hendak mengatasi kecantikkan Bawang Merah dan Bawang Putih. Tetapi kalau
ditanya kepada Mak Bawang Putih siapakah yang lebih cantik, tentu Mak Bawang
Putih akan menjawab Bawang Putih yang cantik. Jika ditanya kepada Mak Bawang
Merah, Mak Bawang Merah akan menjawab yang kedua-duanya sederhana tidak ada
siapa yang lebih cantik.
Tentang perangai pula, didapati Bawang Putih
lebih nakal dan jahat. Disuruhnya Bawang Merah memasak nasi dan membuat kerja
itu dan ini. Kalau di hadapan Pak Ali, Bawang Putih pandai pula bermuka-muka
membuat kerja.
Pada suatu hari Pak Ali pergi mengail ikan
dengan Bawang Merah. Hari itu nasib Pak Ali kurang baik kerana entah bagaimana
Pak Ali disengat oleh seekor ikan sembilang yang baru sahaja mengena kailnya.
Pak Ali memanggil anaknya Bawang Merah membantunya kerana tidak tahan
menanggung kesakitan akibat disengat oleh ikan itu. Dengan perasaan yang cemas,
Bawang Merah memapah bapanya pulang ke rumah.
Apabila sampai di rumah, kedua-dua isterinya
terperanjat melihatkan Pak Ali pulang dalam kesakitan. Mak Bawang Merah pergi
menjemput Pawang Jidun iaitu seorang pawang yang terkenal di kampung itu. Pawang
Jidun pun mengubat Pak Ali secara perubatan tradisional. Oleh kerana ajalnya
telah sampai, perubatan Pawang Jidun tidak memberi apa-apa kesan. Pak Ali pun
meninggal dunia. Pemergian Pak Ali yang kekal abadi itu ditangisi oleh
keluarganya.
Semenjak Pak Ali meninggal dunia,
perselisihan dan pergaduhan diantara Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih
selalu sahaja terjadi. Sebab utama tentulah hal anak-anak kerana mereka tinggal
serumah jadi selalu sajalah mereka bertengkar.
Mak Bawang Putih sangat benci kepada Mak
Bawang Merah. Dia sentiasa sahaja mencari peluang untuk menghapuskan Mak Bawang
Merah. Pada suatu hari, peluang yang ditunggu-tunggu selama ini terbuka.
Apalagi hanya mereka berdua sahaja yang berada ditempat itu. Kebetulan Mak
Bawang Merah sedang menceduk air di perigi lama. Mak Bawang Putih datang dari
arah belakang dan terus menolak Mak Bawang Merah ke dalam perigi. Oleh kerana
perigi itu dalam, dia terus tenggelam dan lemas. Perigi itu jarang digunakan.
Selalunya mereka menggunakan perigi di hadapan rumah mereka.
"Mampuslah engkau!” jerit Mak Bawang
Putih dengan geramnya.
Tiga jam berlalu tetapi Bawang Merah masih
belum tahu kemana emaknya pergi. Sedang dia termenung dan bersedih hati
memikirkan ibunya, tiba-tiba Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan
memukulnya lalu Bawang Merah pun jatuh pengsan di situ juga dengan berlumuran
darah keluar dari hidung dan mulutnya. Mak Bawang Putih yang tidak menaruh
belas kasihan apabila melihat Bawang Merah pengsan itu, terus mengajak anaknya
bersama-sama pergi ke rumah saudaranya.
Tidak berapa lama selepas itu, Bawang Merah
tersedar dari pengsan. Dia menangis tersedu-sedu sambil memangggil-manggil nama
emaknya. Puas dipanggil dan dicari namun tidak ada. Dia juga hairan kerana Mak
Bawang Putih dan Bawang Putih juga tidak ada di rumah. Hari sudah malam tidak
ada sesiapa yang pulang. Bawang Merah merasa cemas tinggal keseorangan diri di
rumah yang di kelilingi hutan tebal itu. Pintu rumah dikunci rapat-rapat.
Setelah jauh malam akhirnya dia pun tertidur.
Dalam tidurnya dia bermimpi ibunya datang
kepadanya dengan memakai telekung putih.
“Anakku bawang Merah! Mak telah mati
ditolak ke dalam perigi lama oleh Mak Bawang Putih semasa mak menceduk air. Mak
tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu terhadap Mak. Ingatlah
anakku, kau jagalah diri mu dari telatah Mak Bawang Putih yang ganas itu.
Sekarang Mak hendak pergi dahulu. Kau tinggallah baik-baik.”
Sebaik sahaja emaknya meminta diri, Bawang
Merah pun terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling mencari-cari emaknya.
Mulutnya memanggil-manggil “Mak…….Mak.”
Namun tidak ada jawapan, barulah dia sedar
rupanya dia bermimpi, dia menangis sekuat-kuat hatinya kerana dia pecaya segala
kata-kata dalam mimipinya tadi dan tambahan pula dengan sikap Mak Bawang Putiah
yang memukulnya dan meninggalkannya itu.
Esoknya, pagi-pagi lagi dia pergi ke perigi
tersebut. Tanpa disedari air matanya membasahi kedua belah pipinya sambil
mulutnya bersuara. “Mak……..Mak.”
Sedang Bawang Merah bersedih memerhati ke
dalam perigi itu, dengan kehendak Allah tiba-tiba timbullah seekor ikan kaloi.
Ikan itu boleh berkata-kata:“Wahai anakku Bawang Merah. Akulah mak engkau. Mak
telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak Bawang Putih. Engkau datanglah
bermain dengan mak pada tiap-tiap hari. Bawalah makanan untuk mak sekepal nasi
melukut dan sayur keladi.” Kemudian ikan itu tidak dapat berkata lagi untuk
selama-lamanya.
Setelah itu Bawang Merah pun pulang ke rumah.
Bila sampai di rumah didapati Mak Bawang Putih dan Bawang Putih sudah menunggu
dengan muka bengis.
“Ke mana engkau pergi?”
Mak cik, saya sedang mencari mak saya,” jawab
Bawang Merah.
“Mak engkau sebenarnya telah mati kerana
jatuh ke dalam perigi. Aku telah berusaha hendak menolongnya tetapi tidak
terdaya,” jawab Mak Bawang Putih berbohong.
Bawang Merah tidak berkata apa-apa. Dia tidak
percaya dengan kata-kata Mak Bawang Putih. Dia yakin dengan mimpinya malam tadi
dan percakapan ikan kaloi di perigi sebentar tadi.
“Lekas pergi ke dapur dan masak untuk kami.
Ingat! Mulai hari ini kami berdua menjadi raja dalam rumah ini, kami tidak mahu
membuat apa-apa kerja. Segala kerja seperti memasak, mencuci kain dan mengemas
rumah adalah tugas engkau!” beritahu Mak Bawang Putih dengan sombong.
Bawang Merah terpaksa menurut sahaja perintah
itu. Tiap-tiap hari tidak ada peluang langsung dia hendak berehat, asyik dengan
membuat kerja sahaja.
Bagaimanapun pagi-pagi lagi sebelum Mak
Bawang Putih dan Bawang Putih bangun dari tidur, dia sudah pergi ke perigi.
Lalu dia bergurindam memanggil ibunya:
“Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”
Sebaik sahaja Bawang Merah bergurindam, ikan
kaloi itu pun timbul lalu Bawang Merah pun memberi makan. Setelah selesai
Bawang Merah pun pulang.
Pada mulanya perkara itu tidak diketahui oleh
sesiapa. Dua minggu selepas itu, rahsia itu pecah juga. Pagi itu Bawang Putih
bangun dari tidur terlebih awal kerana hendak membuang air kecil. Selepas buang
air, dia terdengar suara orang bergurindam. Perlahan-lahan dia mengintai di
sebalik semak.
“Oh, di sini rupanya si Bawang Merah datang
hari-hari. Akan aku perhatikan apa yang dibuatnya disini.” bisik Bawang Putih.
Dia dapat melihat dan mendengar
segala-galanya yang berlaku. Lantas dia cepat-cepat pulang dan mengadu kepada
emaknya.
“Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan
itu!” kata mak Bawang Merah. Segala rangkap gurindam itu dihafal oleh Mak
Bawang Putih. Pada waktu tengah hari ketika Bawang Merah sedang bekerja di
rumah, Mak Bawang Putih pergi ke perigi itu dan membawa sekepal nasi melukut
dan sayur keladi. Mak Bawang Putih pun bergurindam:
"Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”
Ikan itu tidak timbul. Mak Bawang Putih
bergurindam lagi. Tidak timbul juga. Kemudian Bawang Putih pula yang
bergurindam. Tidak juga timbul. Bawang Putih bergurindam lagi. Barulah ikan itu
timbul. Sebaik sahaja ikan itu timbul, ikan itu pun disauk dengan penyauk.
Secara diam-diam mereka membawa balik ikan itu.
“Bawang Merah, tengah hari ini biarlah Mak
Cik masak. engkau pergi cari kayu api,” katanya kepada Bawang Merah.
“Baiklah Mak Cik.”
Sepeninggalan Bawang Merah, Mak Bawang Putih
pun menggulai ikan itu. Bila Bawang Merah pulang dari mencari kayu api, dia terus
dipelawa makan nasi berlaukkan ikan gulai tadi. Berselera sekali nampaknya dia
memakan ikan itu.
Keesokkan paginya seperti biasa Bawang Merah
pergi ke perigi untuk memberi iakn kaloi itu makan. Dia bergurindam. Tapi
berkali-kali dia mengalunkan gurindam ikan kaloi itu tidak timbul-timbul. Dia
pun menangis teresak-esak kerana ikan kaloi tidak lagi timbul. Sedang dia
menangis tiba-tiba terdengar satu suara ghaib …
“Tidak usahlah engkau menangis Bawang Merah.
Ikan kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Putih dan sudah dibuat gulai yang
engkau makan semalam. Dan sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan
tanamlah.” kemudian suara itu pun hilang.
Sebaik saja suara itu ghaib, Mak Bawang Putih
datang dari arah belakang dan memukulnya dengan kayu.
“Anak sial! Apa yang engkau buat di tepi
perigi ini? Oh, engkau hendak berjumpa mak engkau ikan kaloi itu ya! Semalam
yang engkau makan itulah ikan kaloi mak engkau! Lekas balik ke rumah dan masak
nasi” herdik Mak Bawang Putih.
Setelah selesai memasak nasi, dengan senyap
dia turun ke bawah rumah untuk mencari tulang-tulang ikan itu. Puas dia
mencari, barulah berjumpa tulang-tulang itu dihimpun dan ditanam di atas bukit
jauh sedikit dari rumahnya. Atas kehendak Allah Taala, dalam masa sebulan sahaja
tulang-tulang ikan itu menjadi sepohon pohon beringin yang rendang. Dia
menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Ketika ada masa lapang, dengan
diam-diam dia bermain buaian disitu. Sambil berbuai dia akan menyanyi:
Tinggi-tinggi pohon beringin
Kalau tinggi menyapu awan
Kalau rendah menyapu bumi
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku yatim piatu
Dengan berbuat demikian dapatlah juga
meghiburkan hatinya yang sedang gelisah. Pada ketika itu ada seorang raja
sedang berburu. Baginda diiringi oleh beberapa orang hulubalangnya. Sudah dua
hari dua malam baginda berburu tetapi tidak mendapat seekor binatang buruan
pun. Namun begitu baginda tetap sukacita. Perangainya berbeza dari biasa.
Biasanya kalau dalam keadaan begitu baginda sangat murka dan terus mengajak pengiring-pengiringnya
pulang sahaja. Perubahan perangai baginda itu sangat luar biasa.
Pada pagi yang ketiga mereka berburu lagi.
Tiba-tiba melintas di hadapan baginda seekor rusa. Dengan pantas baginda
memanah tetapi tidak kena. Biasanya kalau seperti itu, rusa itu sudah tentu
terkena anak panah baginda.
Baginda memerintah hulubalang-hulubalangnya
mengejar rusa itu sambil mencari binatang buruan yang lain. Namun
segala-galanya hampa. Sedang mereka berjalan-jalan, salah seorang hulubalang
mendengar suara seorang perempuan menyanyi.
“Datuk Menteri, cuba dengar suara perempuan
sedang menyanyi!” kata hulubalang kepada Datuk Menteri.
“Mengarut engkau ini. Dalam hutan begini mana
ada perempuan menyanyi!” jawab Datuk Menteri.
“Cuba Datuk dengar sendiri.”
“Jangan-jangan suara hantu!” kata Datuk
Menteri.
Mereka bersepakat hendak menghampiri ke
tempat suara itu, akhirnya mereka dapat melihat penyanyi itu ialah Bawang
Merah. Kerana wajah Bawang Merah yang sangat cantik mereka berpakat hendak
mempersembahkan pertemuan itu kepada tuanku kerana tuanku raja masih belum
beristeri.
Bawang Merah terasa dirinya sedang diintai.
Dia pun cepat-cepat lari pulang. Dua orang hulubalang tadi mengekori Bawang
Merah secara sulit untuk mengetahui rumahnya.
Kemudian mereka pun persembahkan perkara itu
kepada baginda. Baginda sangat senang hati mendengar cerita itu. Mereka pun
beramai-ramai pergi ke rumah Bawang Merah.
“Assaalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”jawab Mak Bawang Putih.
“Tuan hamba, sebentar tadi kami melihat ada
seorang gadis cantik sedang bermain buaian di bukit sana.” Kata Datuk Menteri.
“Gadis cantik? Oh..memang ada dia anak patik,”
jawab Mak Bawang Putih.
Maka mak Bawang Putih pun memanggil Bawang
Putih keluar untuk mengadap Datuk Menteri.
“Bukan ini. Yang lain. Dia lebih cantik!”
jawab Datuk Menteri.
“ Yang seorang lagi ada tapi dia orang gaji
patik” jawab Mak Bawang Putih.
Bila mak Bawang Putih menarik Bawang Merah
mengadap Datuk Menteri tiba-tiba Datuk Menteri menjerit.
“Haa inilah orangnya! Dialah yang berbuai dan
menyanyi dengan merdunya!”
“Menyanyi?” fikir Mak Bawang Putih.
“Tuanku, kalau dalam soal menyanyi anak patik
Bawang Putih lagi pandai.”
Untuk itu baginda sultan hendak membuat ujian
di hadapan orang ramai. Mula-mula Bawang Putih dahulu yang menyanyi. Bawang
Putih belum pernah menyanyi dan menaiki buaian lalu merasa kekok sekali. Hendak
naik ke atas buaian pun teragak-agak. Kemudian dia pun menyanyi. Suaranya
sumbang dan tidak ada irama langsung. Senikatanya pun tidak ada erti langsung.
Tiba pula giliran Bawang Merah. Secara senang
sahaja dia menaiki buaian. Buaian itu tidak perlu dihayun. Ia berbuai sendiri
semakin lama semakin laju. Nyanyiannya pula sangat merdu. Sama seperti yang di
dengar oleh Datuk Menteri dan hulubalang-hulubalang. Dengan itu baginda sultan
pun bersetuju menjadikan Bawang Merah permaisuri baginda.
“Apakah ini orang gaji Mak Cik?” tanya
baginda.
“Ampun tuanku, sebenarnya dia ini anak tiri
patik. Walaupun anak tiri, patik menjaga seperti anak sendiri”.
Akhirnya berkahwinlah Bawang Merah dengan
tuanku. Dia pun menjadi isteri kesayangan baginda dan telah berpindah di istana
baginda. Walaupun begitu Bawang Merah tetap tidak menyisihkan Mak Bawang Putih
dan Bawang Putih. Mereka tetap diajak tinggal bersama di istana.
Walaupun dapat tinggal di istana dengan
segala kemudahan disediakan, namun iri hati dan jahatnya masih membara. Mak
Bawang Putih ingin melihat Bawang Merah bercerai dengan baginda sultan dan
mengambil anaknya Bawang Putih sebagai ganti.
Suatu hari dia masuk ke bilik Bawang Merah.
“Sungguh-sungguhkah kau sayangkan suamimu?”
tanya Mak Bawang Putih kepada Bawang Merah.
“Kenapa Mak Cik tanya begitu? Takkan saya
tidak sayang kepada suami!” jawab Bawang Merah.
“Begini, sebenarnya engkau ini tidak layak
menjadi permaisuri kerana tidak berketurunan raja!”
“Benar kata makcik itu. Habis apa saya harus
buat?”
Lalu diberi sebungkus miang buluh. Miang
buluh itu disuruh tabur di seluruh tempat tidur baginda.
“Dengan cara ini baginda akan merasa sangat
sayang kepada engkau dan baginda akan lupa sama sekali tentang keturunan
engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Tetapi jangan beritahu yang Mak Cik suruh berbuat
begitu,” pesannya lagi.
Malam itu baginda hendak beradu. Oleh kerana
terasa hangat, baginda membuka baju lalu merebahkan diri di atas katil.
“Aduh gatalnya! Miang rasanya. Apakah benda
ini?”
“Kenapa kanda?” tanya Bawang Merah
terperanjat.
“Apa yang adinda tabur di tempat tidur kanda
ini?”
“Dinda tabur miang buluh untuk mengeratkan
lagi ikatan kasih sayang kita berdua.”
“Dinda, dinda! Kenapalah dinda bodoh sangat!”
keluh baginda sultan.
Di hari lain pula, Mak Bawang Putih masuk
lagi ke bilik Bawang Merah untuk menghasut.
“Bagaimanakah miang buluh yang makcik suruh
engkau tabur itu?”
“Saya telah lakukan dan nampaknya baginda
murka juga tetapi tidak berpanjangan.”
“Ini menandakan yang petua ini mulai berjaya
kerana kalau baginda betul-betul murka, tentu dihalaunya engkau,” kata Mak
Bawang Putih. “Ada sejenis lagi ubat kasih sayang yang engkau mesti lakukan
terhadap baginda.”
“Saya tidak mahu lagi makcik. Saya takut
baginda murka!”
“Jangan jadi bodoh Bawang Merah. Selagi
engkau tidak lakukan yang ini, kasih sayang engkau tidak akan berpanjangan.”
Mak Bawang Putih berbisik kepada Bawang
Merah. Bawang Merah terperanjat mendengarnya.
“Tidak makcik! Saya tidak mahu melakukannya!”
Mak Bawang Putih terus juga memujuk. Akhirnya
Bawang Merah termakan pujuk. Dia pun mula melakukan apa yang diajar oleh Mak
Bawang Putih itu.
Dia mengambil sebilah kapak yang tajam.
Digantung hulunya di atas palang pintu. Sebaik sahaja baginda membuka pintu,
dia akan menghayun mata kapak itu. Sudah tentu akan mengena dahi baginda.
Tidak lama lagi baginda akan masuk bilik.
Bawang Merah bersedia dengan kapak yang tergantung itu. Baginda pun masuk.
Kapak dihayun.
“Aduh kenapa ini dinda?” baginda berteriak
kesakitan.
“Kanda!” Bawang Merah menerkam. Darah keluar
dari dahi baginda akibat terkena mata kapak.
“Apakah yang dinda lakukan ini?” tanya
baginda kehairanan.
“Untuk mengekalkan hubungan kasih sayang kita
berdua!”
“Siapa yang mengajar semua ini?”
“Mm..Mm..Mak Bawang Putih.”
Mak Bawang Putih disuruh menghadap baginda.
Oleh kerana niat jahatnya itu masih tidak dihentikan, baginda menghalau Mak
Bawang Putih dan anaknya Bawang Putih keluar dari istana.
Maka dari itu terpaksalah mereka berdua
bekerja semula untuk menyara hidup mereka.
Sekian..
Versi Indonesia
Dikisahkan, hiduplah seorang anak gadis
cantik nan baik bernama Bawang Putih. Bawang Putih tinggal berdua dengan
ayahnya yang sangat dia cintai di sebuah desa di daerah Yogyakarta. Ibu kandung
Bawang Putih sudah lama meninggal akibat sakit keras yang dideritanya. Bawang
Putih hidup di keluarga yang sangat sederhana, ayahnya hanya pedagang kecil.
Walupun begitu mereka selalu bersyukur atas nikmat yang dikaruniahkan oleh Tuhan
tersebut.
Semenjak ditinggal oleh Ibunya, Bawang Putih
merasa sangat kesepian. Apalagi jika ayahnya pergi ke pasar seharian untuk
berdagang. Melihat kondisi Bawang Putih yang seperti itu, Ayahnya berniat untuk
mempersunting Mbok Rondo, seorang janda dengan satu anak gadis yang hidup satu
desa dengannya. Dengan harapan, Bawang Putih tidak lagi kesepian karena ada
yang menemaninya di rumah. Namun, ayah Bawang Putih tidak serta merta langsung
menikahinya. Sebagai ayah yang bijak, meminta pertimbangan Bawang Putih tentang
rencananya tersebut.
Bawang Putih mengerti maksud ayahnya
tersebut. Dia pun merasa kehadiran Mbok Rondo dalam keluarganya akan membuat
suasana semakin ramai dan akan membuat dia tidak merasakan kesepian lagi.
Apalagi, Mbok Rondo memilki seorang anak gadis yang bernama Bawang Merah, yang
umurnya tidak jauh dari Bawang Putih. Dengan pertimbangan tersebut, Bawang
Putih menyetujui permintaan ayahnya untuk menikah dengan Mbok Rondo.
Setelah menikah, Mbok Rondo dan anak
gadisnya, Bawang Merah, tinggal bersama dengan Bawang Putih dan ayahnya.
Awalnya, Mbok Rondo dan Bawagn Merah bersikap sangat baik dengan Bawang Putih.
Namun, setelah beberapa lama, sifat asli mereka beruda mulai terlihat. Ketika
ayah Bawang Putih sedang pergi berdagang, Mbok Rondo dan Bawang Merah kerap
memarahi Bawang Putih dan menyuruhnya untuk melakukan pekerjaan berat dengan
mengerjakan semua pekerjaan rumah dari mulai bersih-bersih, mencuci dan
memasak. Sedangkan Mbok Rondo dan Bawang Merah hanya bermalas-malasan saja.
Bawang Putih tidak berani menceritakan apa
yang dilakukan oleh ibu dan saudari tirinya tersebut ke ayahnya. Hal itu
dikarenakan beberapa bulan terakhir ayahnya sering jatuh sakit. Bawang Putih
tidak ingin membuat khawatir ayahnya yang akan membuat kondisinya semakin
buruk. Apa yang dikhawatirkan Bawang Putih pun terjadi, ayah yang sangat dia
cintai meninggal dunia karena sakit yang dia derita. Sejak saat itu, kehidupan
Bawang Putih semakin menyedihkan. Ibu tiri dan saudara tirinya semakin berkuasa
dan semena-mena terhadap Bawang Putih. Bahkan, Mbok Rondo tidak segan-segan
menampar Bawang Putih jika dia lalay mengerjakan semua pekerjaan rumah yang
dibebani kepadanya.
Suatu pagi, usai bersih-bersih rumah, Bawang
Putih pergi ke sungai untuk mencuci satu keranjang penuh pakian kotor Mbok
Rondo dan Bawang Merah. Satu per satu, pakain kontor tersebut dia cuci dengan
bersih. Alangkah terkejutnya Bawang Putih ketika salah satu pakaian kotor
tersebut hayut terbawa arus sungai. Pakain tersebut merupakan pakain kesukaan
Mbok Rondo. Pakaian tersebut sudah hanyut terlalu jauh untuk di ambilnya.
Dengan perasaan takut, Bawang Putih pun kembali ke rumah dan menceritakaan
kepada ibu tirinya.
Jelas saja, Mbok Rondo murka mendengar
pakaian kesukaanya hilang hanyut di sungai. Mbok Rondo tak segan menampar
Bawang Putih atas kecerobohannya tersebut. Bawang Putih pun diancam diusir dari
rumahnya jika tidak menemukan kembali pakaian kesukaan ibu tirinya tersebut.
Bergegas, Bawang Putih langsung menyusuri sungai untuk mencari pakaian
tersebut. Bawang Putih bertanya kepada setiap orang yang dia temui, namun
mereka tidak melihat ada pakaian hayut di sungai. Hari semakin sore, Bawang
Putih masih tetap berjalan menyusuri tepi sungai berharap dia menemukan pakaian
tersebut.
Setelah beberapa jam berjalan, dia bertemu
dengan seorang nenek yang sedang mencuci beras di pinggir sungai. Bawang Putih
mulanya takut bertanya kepada nenek tersebut, karena penampilanya yang sangat
menyeramkan. Namun Bawang Putih harus menemukan pakaian ibu tirinya tersebut.
Jika tidak, dia akan diusir dari rumah yang dia tempati dari sejak kecil
tersebut.
"Maaf nek, Apakah nenek melihat pakaian
hayut di sungai ini", Bawang Putih bertanya dengan takut.
"Mmmm.. Pakaian ya. Apakah pakaian yang
kau cari berwarna merah dengan corak kembang-kembang?" Tanya nenek menyeramkan
tersebut.
"Iya.. iya.. nek. Itu pakaian yang saya
cari." Jawab Bawang Putih bahagia.
"Tadi nenek temukan pakaian tersebut
tersakut di batu. Mari ke rumah nenek, hari juga sudah mulai gelap. Menginaplah
malam ini." Nenek itu barkata.
Bawang putih pun menuruti perkataan Nenek
tersebut untuk pergi dan menginap semalam di rumahnya yang tidak jauh dari
sungai. Alangkah terkejutnya Bawang Putih melihat rumah nenek tersebut sangat
kotor dan berantakan. Karena kasihan, Bawang Putih memutuskan untuk tinggal
beberapa hari bersama Nenek tersebut dan membantunya melakukan pekerjaan
sehari-hari. Dengan rajin, Bawang Putih memberihkan rumah, mencucikan baju, dan
juga memasak. Nenek tersebut senang, masih ada orang baik yang mau membantunya.
Setelah beberapa hari berlalu, Bawang Putih pun memutuskan untuk pulang karena
takut Ibu tirinya marah karena tidak pulang beberapa hari.
"Nek, sebenarnya saya ingin tinggal
lebih lama di sini. Namun, saya haru mengembalikan pakaian ini ke ibu saya.
Saya takut di marah, Nek." Kata Bawang Putih.
"Baiklah nak, nenek mengerti. Karena
kamu sudah baik membantu Nenek di sini. Ambil lah salah satu dari ke dua labut
kuning ini sebagai hadiah." Pinta Nenek.
Awalnya, Bawang Putih ingin menolak pemberian
Nenek tersebut karena ia pikir labu tersebut merupakan simpanan makanan nenek.
Namun, pikir Bawang Putih, tidak lah baik menolak pemberian orang. Akirnya dia
mengambil satu yang terkecil dari dua labu tersebut. Kemudian, Bawang Putih pun
izin pergi dan kembali pulang ke rumahnya. Tidak lupa, dia juga membawa pakaian
ibu tirinya tersebut.
Setibanya di rumah, Bawang Putih pun
memberikan pakaian tersebut ke ibu tirinya. Ibu tirinya tetap saja marah.
Mungkin karena Bawang Putih tidak kembali selama beberapa hari. Ibu tirinya
tersebut pun langsung menyuruhnya untuk ke dapur untuk menyiapkan makanan.
Teringat dengan labu yang diberikan oleh Nenek, Bawang Putih pun berencana
untuk memasak sayur labu. Namun, alangkah terkejutnya Bawang Putih ketika
membelah labu tersebut yang ternyata berisi perhiasan emas, berlian, dan
permata. Mbok Rono dan Bawang Merah yang melihat kejadian itu langsung merebut
paksa perhiasan di tangan Bawang Putih.
"Hey, Bawang Putih! Ceritakan dari mana
kamu mendapatkan perhiasan sebanyak ini!" Tanya Mbok Rondo dengan nada
memaksa.
Bawang putih menceritakan semuanya kepada
Mbok Rondo dan Bawang Merah. Mendengar cerita tersebut, Mbok Rondo meminta
Bawang Merah untuk melakukan hal yang sama dengan Bawang Putih. Ke esoak
harinya, Bawang Merah pun pergi ke rumah nenek di pinggir sungai tersebut.
Seperti bawang putih, bawang merah pun diminta untuk menemaninya selama
seminggu. Tidak seperti bawang putih yang rajin, selama seminggu itu bawang
merah hanya bermalas-malasan. Kalaupun ada yang dikerjakan maka hasilnya tidak
pernah bagus karena selalu dikerjakan dengan asal-asalan. Akhirnya setelah
beberapa hari, nenek itu membolehkan bawang merah untuk pergi.
“Bukankah seharusnya nenek memberiku labu
sebagai hadiah karena membantu dan menemanimu selama beberapa hari?” tanya
Bawang Merah.
Nenek itu terpaksa menyuruh bawang merah
memilih salah satu dari dua labu yang ditawarkan. Dengan cepat bawang merah
mengambil labu yang besar dan tanpa mengucapkan terima kasih dia melenggang
pergi. Sesampainya di rumah bawang merah segera menemui ibunya dan dengan
gembira memperlihatkan labu yang dibawanya. Karena takut bawang putih akan
meminta bagian, mereka menyuruh bawang putih untuk pergi ke sungai. Lalu dengan
tidak sabar mereka membelah labu tersebut. Tapi ternyata bukan emas permata
yang keluar dari labu tersebut, melainkan binatang-binatang berbisa seperti
ular, kalajengking, dan lain-lain. Binatang-binatang itu langsung menyerang
bawang merah dan ibunya hingga tewas.
Akhirnya, Bawang Putih berhasil mendapatkan
kembali semua perhiasan emas, berlian, dan permata yang telah di rampas oleh
ibu tirinya tersebut. Bawang Putih kemudian menjualnya sedikit demi sedikit
untuk memenuhi kebutuhan hidupnya sehari-hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan