Khamis, 9 Jun 2016

Selamat Berpuasa

Salam Malam Jumaat semua,

Saya ingin mengucapkan buat para pembaca yang beragama Islam, Selamat Berpuasa. Diharapkan kita dapat berpuasa dengan penuh dan dapat mengharungi segala cabaran dikala di bulan Ramadan ini. Jaga mata dan hati, di bulan yang mulia ini dengan mengamal ibadat dengan membuat pahala bukannya mencari dosa. Saya ingin memohon maaf jika saya pernah terkasar bahasa mahupun menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya akan teruskan posting dan saya hanya meminta sokongan daripada para pembaca untuk terus menyokong blog ini. Jika ada sambutan yang baik, saya akan memberikan kebenaran pada member di group facebook untuk berkongsi cerita pengalaman seram di blog saya ini. 

Apa-apa pun Selamat Berpuasa. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan