Lokasinya berdekatan dengan Ranau, dimanakan tempat asal usul pokok keramat. Maka replikanya diletakkan sebagai mucu tanda. |
Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu
ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang
dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung
Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi,
keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun
atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti
pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.
Diceritakan juga bahawa pada masa itu tempat tersebut belum lagi didiami
oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu
dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas
dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar,
kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut
dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa. Ikuti kisah di bawah ini..
Kelahiran manusia
Pada suatu hari ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari makanan.
Dengan tidak mena-mena terkeluarlah seorang anak muda yang kacak dari bawah
tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus juga mengais-ngais dan
mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula seorang gadis yang sangat jelita.
Kedua-dua orang manusia itu diambil dan dipelihara oleh ayam jantan tersebut.
Selang beberapa lama, maka kedua manusia itu pun dikahwinkan. Hasil perkahwinan
itu lahirlah beberapa orang putera dan puteri. Keturunan mereka ini akhirnya
beranak pinak dan berkembang biak pula, lalu mendiami kawasan yang pada mulanya
tiada berorang itu. Lama kelamaan tempat itu menjadi semakin ramai
penghuninya.Keturunan kedua manusia yang ditemui daripada knisan tanah oleh
ayarn jantan itu disebut sebagai 'Orang-orang Nunuk Ragang' yang 'dipercayai'
nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan sekarang ini.
Lelaki yang pertama muncul dari bawah tanah itu dilantik oleh ayam jantan
sebagai penghulu di tempat itu. Dia memerintah dengan adil atas bantuan ayam jantan
tersebut. Ayam jantan itu tinggal di pokok kayu ara merah tadi. Bersama-sama
pokok kayu ara merah tersebut ayam jantan itu menjadi pelindung kepada manusia
yang tinggal di situ. Tempat itu juga akhirnya dinamakan Nunuk Ragang mengambil
sempena nama pokok kayu ara merah yang istimewa itu.Nunak Ragang dari hari ke
hari kian bertambah maju dan penduduknya semakin ramai. Di sekitarnya terdapat
beberapa batang anak sungai dan ini menjadikannya suatu kawasan pertanian yang
subur dan lumayan. Sejak itu, hiduplah penduduk-penduduk Nunuk Ragang dalam
suasana aman dan damai buat beberapa lama.
Ragang Tie
Menurut ceritanya, pada suatu masa Nunak Ragang telah 'diserang' dan
diganggu oleh 'Ragang Tie' (tahi merah). Ragang Tie ini tidak dapat digambarkan keadaannya yang sebenar. Ia kelihatan seperti air yang mengalir apabila
dilihat dari jauh dan kadang-kadang orang yang melihatnya seolah-olah seperti
manusia sifatnya. Anehnya Ragang Tie itu telah membawa wabak penyakit kepada
sesiapa yang tersentuh dan menyentuhnya, bahkan ia sering membawa maut. Di
samping itu, Ragang Tie juga memusnahkan hasil-hasil tanaman dan membunuh
binatang-binatang ternakan yang terkena padanya.
Oleh yang demikian, ramailah penduduk di situ yang menderita sakit dan
mati,binatang ternakan dan tanaman pun turut musnah terkena wabak itu. Hal ini menjadikan
orang-orang Nunuk Ragang berasa amat sedih dan bimbang. Akhirnya, ramai di
antara mereka meninggalkan tempat itu dan berpindah ke kawasan lain yang lebih
selamat untak didiami. Dengan itu, berpecah dan 'bersepahlah' mereka ke serata
daerah dan kawasan seperti yang terdapat pada masa ini.
Kehadiran Orang Bawah
Tanah
Pada suatu masa yang lain, tibalah musim menanam padi bagi penduduk Nunuk
Ragang. Pada suatu hari, sedang orang-orang kampung itu sibuk menugal padi di
huma mereka terdengar suara manusia lain memanggil dan datangnya dari bawah
tanah pula. Orang-orang Nunak Ragang berasa hairan bercampur takut, lalu mereka
mengadukan kejadian itu pada penghulu mereka. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat
dan mencapai kata sepakat, lalu mereka mengorek tanah dari mana terdengarnya
suara memanggil itu. Apabila dikorek, maka terbukalah sebuah lubang bawah tanah
yang besar. Di dalamnya penuh sesak dengan manusia yang kelihatannya
bengis-bengis belaka.
Orang-orang Nunuk Ragang menjadi bertambah takut lebih-lebih lagi apabila
mendengar suara percakapan manusia bawah tanah itu sangat kuat dan kasar.
Kemudian ketua manusia bawah tanah pun berkata dengan suara yang amat kuat
macam halilintar, katanya, "Terima kasih tuan-tuan ......kerana melepaskan
kami dan tempat ini sungguh baik rasanya untuk kami kerana kami sudah lama
berkurung di bawah tanah. Sekarang kami mahu tinggal di sini pula. Kamu
mestilah pergi dari sini kalau tidak kami akan musnahkan kamu semua!........."
Mendengar amaran manusia dari bawah tanah itu, maka orang Nunuk Ragang pun
lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Peristiwa ini juga
menyebabkan orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asal mereka, lalu
mendiami daerah-daerah lain di Sabah. Dua peristiwa di atas adalah daripada dua
cerita yang berlainan yang menyatakan sebab orang-orang Nunuk Ragang berpindah
dari tempat asalnya.
Kumpulan manusia dari bawah tanah itu pun mendiami kawasan yang telah
ditinggalkan oleh orang Nunuk Ragang. Namun begitu, manusia bawah tanah masih
percaya bahawa ayam sakti dan penghulu orang Nunuk Ragang masih ada. Mereka
akan membalas dendam terhadap mereka bila-bila rnasa, jadi manusia bawah tanah
terus berazam untuk menghapuskan kedua-duanya yang dianggap sebagai musuh
mereka. Orang-orang Nunuk Ragang bersama penghulu dan ayam jantan saktinya
sentiasa diburu oleh manusia bawah tanah itu.
Setelah beberapa lama manusia bawah tanah masih juga tidak berjaya
menghapuskan penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Akhirnya
manusia bawah tanah itu pun tinggal menetap di sekitar kawasan tersebut yang
sekarang ini dikenali sebagai orang Tampias, mereka terdapat di kawasan-kawasan
perkampungan di daerah Labuk Sugut, Sandakan. Diceritakan orang juga bahawa
orang-orang Tampias itu hingga ke hari ini tidak begitu berbaik-baik dengan
orang-orang Dusun/Kadazan yang berasal daripada orang-orang Nunuk Ragang.
Manusia bawah tanah itu menurut ceritanya adalah manusia biasa tetapi telah
disumpah oleh dewa tanah kerana terlalu banyak membuat kerosakan di muka bumi
lalu mereka dihantar mendiami kawasan lubang yang besar di bawah tanah. Di
sanalah mereka hidup dan beranak-pinak beberapa lama sehingga mereka
dikeluarkan oleh orang Nunuk Ragang.
Perpindahan Suku Kaum
Kadazan/Dusun ke Merata Tempat
Perasaan marah dan dendam manusia bawah tanah tidak habis-habis terhadap
penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Perkara ini membuatkan ayam
jantan sakti menerbangkan penghulu tersebut jauh ke suatu kawasan pergunungan
yang sekarang ini dikenali sebagai Ranau. Dengan kuasa sakti ayam jantan
tersebut, ia meratakan tanah yang berlumpur itu dengan kaki dan kepakuya,
menguis-nguiskannya sehingga tempat itu menjadi rata untak didiami. Oleh kerana
kawasan itu berlumpur dan mengambil sempena keadaan asalnya, maka tempat itu
pun dinamakan 'Ranau' yang bermaksud 'lumpur' dalam bahasa Dusun/Kadazan.
Setelah tanah di situ diratakan, maka orang-orang yang mengikut penghulu
berpindah itu pun terus membuka tempat kediaman di situ. Mereka menumpukan
kegiatan dengan bercucuk tanam dan memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik
dan babi.
Adapun manusia bawah tanah tadi masih terus berasa tidak senang dan khuatir
kalau-kalau orang-orang Nunuk Ragang datang menuntut bela dan menyerang mereka.
Lalu orang dari bawah tanah menyiasat dan akhirnya mereka mendapat tahu bahawa
orang-orang Nunuk Ragang berada di Ranau. Maka, mereka pun bergerak pula ke
sana untuk membinasakan orang-orang Nunuk Ragang ini. Kedatangan manusia bawah
tanah ini telah dapat dikesan oleh ayam jantan sakti, lalu sebelum sempat
mereka tiba ke Ranau, ayam jantan sakti telah pun menerbangkan penghulu Nunuk
Ragang ke suatu tempat lain bersama pengikutnya dan tempat itu kemudiannya
dikenali sebagai Tambunan.
Di tempat baru itu seperti juga sebelumnya ayan jantan sakti tadi membantu
penghulunya dengan menguis-nguis dan meratakan tanah untuk dijadikan kawasan
tempat tinggal orang-orang Nunuk Ragang. Hal ini diketahui juga akhirnya oleh
manusia dari bawah tanah dan mereka menjadi semakin marah terhadap orang Nunuk
Ragang, lebih-lebih lagi terhadap ayam jantan sakti itu dan mereka terus
berazam untak menghapuskannya.
Seperti kebiasaan perangai ayam jantan setiap pagi ia akan berkokok, begitu
juga ayam jantan sakti ini. Bunyi kokokannya pula amat kuat hingga terdengar ke
Ranau dan tempat-tempat lain yang agak jauh dari tempatnya berkokok itu.
Menurut ceritanya, bunyi kokokan ayam jantan inilah yang membolehkan manusia
dari bawah tanah itu menjejak kedudukan ayam tersebut dan penghulu Nunuk
Ragang. Lalu kumpulan manusia dari bawah tanah itu bergerak pula ke Tambunan.
Seperti dahulu juga ayam jantan sakti itu telah mengetahui kedatangan mereka
lebih awal dan terus menerbangkan penghulu itu ke satu tempat lain bernama
Apin-apin. Di situ mereka membuka pula tempat kediaman yang baru.
Oleh kerana manusia dari bawah tanah tadi hanya mendendami penghulu Nunuk
Ragang dan ayam jantan saktinya sahaja, maka hanya sebahagian sahaja manusia
bawah tanah yang ikut memburunya. Sementara yang lainnya terus tinggal menetap
di tempat-tempat yang telah dibuka oleh ayam jantan dan orang-orang Nunuk
Ragang itu.
Disebabkan penghulu Nunuk Ragang tidak lama mendiami Tambunan kemudian
terpaksa berpindah ke Apin-apin, maka dia melantik seorang penolongnya yang
bernama 'Gombunan' sebagai ketua orang-orang Nunuk Ragang yang menetap di situ.
Maka nama Tambunan adalah mengambil sempena nama ketua mereka yang dilantik
oleh penghulu tadi. Lagipun tempat baru (Tambunan) itu belum mendapat namanya
lagi pada ketika itu.
Di Apin-apin, seperti tempat-tempat lain yang dibukanya sebelum itu,
penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya tidak dapat tinggal lama kerana
manusia dari bawah tanah terus mengesannya. Seperti biasa, ayam jantan sakti
tadi menerbangkan pula penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain yang lebih
jauh di kawasan pedalaman yang kemudiannya disebut sebagai Keningau. Seperti
selalunya ayam jantan itu meratakan kawasan tersebut untuk dibuat tempat
kediaman. Di tempat tersebut ketika itu banyak terdapat pokok 'kayu manis',
maka tempat itu lalu dinamakan 'Keningau' dalam bahasa Dusun/ Kadazan yang
bererti 'kayu manis'.
Kematian Penghulu &
Ayam Jantan Sakti
Tidak berapa lama di Keningau ayam jantan sakti itu pun jatuh sakit dan
terus menemui ajalnya kerana sudah tua lalu ditanamkan di suatu tempat di situ.
Selang tidak berapa lama kemudian, penghulu Nunuk Ragang pula menghembuskan
nafas juga kerana penyakit tua. Dengan kematian kedua-dua makhluk yang sentiasa
diburu oleh manusia dari bawah tanah itu, maka mereka pun berhentilah memburu
dan memusuhi orang-orang Nunuk Ragang.
Kematian ayam jantan sakti dan penghulu orang-orang Nunuk Ragang itu
menyebabkan orang-orangnya merasakan sesuatu yang berharga telah hilang
daripada mereka. Ini merupakan satu kehilangan yang amat besar buat mereka.
Sesungguhnya ayam jantan sakti amat banyak jasanya kepada suku kaum Momogun
dalam membuka beberapa kawasan tempat kediaman mereka. Jika diperhatikan,
(malah hingga ke hari ini) kebanyakan tempat yang didiami oleh orang-orang
Momogun ( Dusun/Kadazan) adalah di kawasan bukit dan pergunungan yang
seakan-akan telah diratakan. Orang-orang Momogun khususnya kaum Rungus
mempercayai akan kisah ini.
Pokok Nunuk Ragang yang ditinggalkan oleh orang-orang Momogun berdekatan
dengan danau itu dikatakan telah ditebang dan dimusnahkan oleh manusia dari
bawah tanah yang dipercayai sekarang ini sebagai nenek moyang orang Tampias di
Sabah.
Manuk atau ayam. Nie hanyalah gambaran sahaja. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan