Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai wanita yang membeli mochi.
Di sebuah perkampungan di wilayah Tosa Jepun, terdapat seorang wanita yang mengandung telah meninggal dunia disebabkan penyakit. Sang suami mengebumi mendiang isterinya bersama-sama kimono nipis.
Selepas itu, setiap malam seorang wanita mengunjungi sebuah kedai menjual kuih beras dengan sekeping duit siling perak untuk membeli mochi. Ia berterusan selama 6 malam dan pada malam ketujuh, wanita itu membawa sehelai kimono nipis.
"Sila berikan dengan harga yang layak dari kimono ini" kata wanita dan menukar dengan mochi sebelum berlalu pergi.
Tuan kedai memeriksa kimono itu pada keesokan harinya. Ia dalam keadaan kotor maka dia mengambil keputusan untuk mencucinya lalu menggantungkan untuk di keringkan. Sang suami bagi mendiang isterinya kebetulan lalu di sana, dia ternampak kimono dan dia kenal dimana itulah kimono yang dikenakan oleh mendiang isterinya sebelum di kubur.
"Adakah mereka mengali semula kuburnya dan mencurinya?" tanya sang suami lalu dia bertanya kepada empunya kedai dimana dia menjelaskan kehadiran seorang wanita yang mengunjungi kedainya setiap malam.
Sang suami beranggapan ia kejadian yang aneh, pada malamnya dia melihat kehadiran wanita itu datang ke kedai menjual kuih beras. Wanita itu adalah mendiang isterinya. Dia mengikuti mendiang ke tanak perkuburan dimana dia ghaib dari pandangan.
Walaupun mendiang ghaib, sang suami terdengar sesuatu. Dia tenangkan dirinya, lalu dia cuba mendengar dengan jelas, kedengaran bunyi sayup-sayup bayi menangis. Disebabkan curiga, dia mulai mengali semula kubur mendiang isterinya dan menemui mayat isterinya telah melahirkan seorang bayi lelaki dimana mendiang memeluk pada pangkuannya. Pada mulut bayi adalah mochi yang dibeli.
Sang suami mengambil anak itu kembali dan membesarkannya. Dikatakan apabila usia anak itu mencecah umur 18 /19 tahun pada tahun pertama Era Kambun, dia berhijrah ke Osaka lalu menjadi seorang yang menguruskan perahu di sana.
Walaupun mendiang telah meninggal dunia, seorang wanita keluar merayau-rayau sekadar ingin menyelamatkan anaknya. Tiada yang menyayat hati dan menyentuh perasaan mengenai kasih sayang ibubapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan