Salam Malam Jumaat semua, kebiasaannya apabila kita melancong ke tempat lain semestinya kita mencari tempat kita berehat dan tidur. Kira bertuah jika dapat bermalam di rumah sendiri mahupun saudara-mara dan kawan. Tapi kebiasaanya kita akan tinggal di hotel, motel, hostel, inn mahupun home-stay. Disini saya sertakan adap semasa nak tinggal di tempat berkenaan apabila rata-ratanya main langgar sahaja. Kita kena tahu bukan 100% bilik yang ada di tempat berkenaan ini penuh mahupun dihuni. Jika bilik yang lama dibiarkan maka ada benda lain akan menghuni bilik tersebut. Menjadi kebiasaannya, pihak hotel akan meninggalkan sekurang-kurangnya 1-2 bilik dan tak boleh 100% kesemua bilik diberikan kepada tetamu hotel, bagi mengelak jika ada bilik bermasalah maka tetamu akan ditempatkan di bilik tersebut. Adakala bilik ini mempunyai masalah ataupun mempunyai sejarah gelap dimana pihak hotel akan rahsiakan demi menjaga periuk nasi mereka ini.
Adap,
- Ketuk pintu sebelum memasukkan kunci dan memberikan salam. Baru masuk.
- Jika nampak apa-apa yang ganjil, jangan tegur.
- Ketika dalam bilik pastikan ia diterangi dengan cahaya ataupun lampu. Buka langsir dan tingkap.
- Jika kamu tinggal seorang diri di bilik 2 single bed, letakkan barang pada katil dimana kamu tak gunakan.
- Azan dan solat buat mereka yang beragama Islam di dalam bilik. Buat mereka bukan Islam, sembahyang dengan cara agama kamu sendiri.
- Jika nak tidur, sila hidupkan lampu tandas ataupun tv.
- Mulut jangan celupar dan cakap tinggi.
- Jangan buat perkara yang bakal membuat kamu menyesal terutamanya membuat perkara-perkara yang menyusahkan diri dengan bermain permainan mistik.
- Jangan fikir bukan-bukan sebab kamu menakutkan diri sendiri.
Sekian buat malam ini saya berkongsikan adap tinggal di hotel. Salam Malam Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan