Salam malam Jumaat semua, pada malam nini saya akan berkongsi beberapa cerita pengalaman seram yang terjadi diri sendiri serta beberapa daripada rakan sekerja. Kali ini pun berlaku di hotel bukan dalam latihan sebaliknya saya bekerja sebagai reception. Saya akan kongsikan dalam bersiri.
Maaflah nama hotel dimana saya kerja ini akan dirahsiakan dan dahulunya hotel ini mempunyai 3 branch akan tetapi hanya tinggal dua sahaja. Ia adalah sebuah hotel budget di Sandakan, Sabah. Cerita yang saya bakal kongsikan ini datang daripada ketiga-tiga branch berkenaan dan ada yang ringkas manakala ada yang panjang.
Kisah 1,
Ia terjadi kepada saya sendiri dimana ia berlaku pada hari pertama saya kerja. Pada hari ataupun malam pertama saya bekerja ini , saya ditugaskan pada shift C iaitu dari jam 11 malam sehingga jam 7 pagi keesokkan harinya. Berbalik kepadda cerita pengalaman saya, hanya seorang sahaja menjaga front desk sementara menunggu jika ada sebarang tetamu yang nak check in. Sekitar jam 2 pagi, keadaan agak sunyi dan tiada tetamu yang bakal check in. Daripada bermain dengan telefon bimbit, saya mulai tidur-tidur ayam. Dengan tiba-tiba saya terkejut apabila saya terlihat satu lembaga di hadapan front desk sebelum ia ghaib. Lembaga itu samar-samar seleum ia ghaib. Akan tetapi saya tak dapat lupakan sekitar jam 3 pagi, walaupun keadaan agak mamai. Pada muka pintu hotel kelihatan satu lembaga seperti seorang wanita berambut panjang dengan mata terbeliak memandang ke arah saya sebelum ghaib daripada pandangan. Dengan serta-merta mata saya menjadi segar dan tidak tidur sehinggakan pagi.
Kisah 2,
Ia terjadi kepada saya, semasa saya nak menggunakan tandas hotel. Tandas tersebut terletak di belakang hotel dan keadaan agak menyeramkan sekali. Pintu tandas berdekatan dengan pintu belakang. Semasa saya nak gunakkan tandas, perasaan diperhatikan semestinya ada. Sebaik sahaja saya keluar daripada tandas, kelihatan satu lembaga putih dengan rambut hitam panjang lalu ke arah pintu belakang. Apabila saya lihat tiada sesiapa pun di sana malah pada malam itu hanya saya seorang diri di lobi hotel. Malah pernampakkan ini pernah dilihat pekerja-pekerja reception yang lain, pernah disergah oleh lembaga ini oleh bukan seorang tapi dua orang reception yang bekerja pada shift tengah malam. Cerita ini saya dengar sendiri daripada dua pekerja wanita, mengatakan hanya merea berdua sahaja pada masa itu bekerja. Dengan tiba-tiba H (nama samaran) menjerit ketakutan apabila kelihatan satu lembaga putih dengan rambut yang panjang sedang memandang ke arah mereka berdua, apabila H menjerit A (nama samaran) pun nampak benda yang sama serta menjerit ketakutan juga. Maaflah jika tergantung apabila kedua-dua tak ceritakan lebih lanjut pengalaman seram mereka ini. Selain itu pernah kakak sepupu saya tumpang gunakan tandas hotel ini, malah dia ternampak benda yang sama apa saya lihat sendiri. Lembaga putih dengan rambut yang panjang lalu ke arah pintu belakang hotel. Kejadian ini berlaku pada petang hari.
Kisah 3,
Ada satu bahagian di hotel ini agak menyeramkan sekali. Ia adalah dibahagian hall dimana bilik-bilik hotel berada. Kawasan dimana kamu lalu perasaan diperhatikan itu ada terutamanya jika kamu seorang diri. Baik siang hari mahupun malam, perasaan diperhati itu ada. Apa yang saya nak ceritakan ini, apabila saya pernah ternampak kelibat lembaga hitam dengan mata merah di sana semasa saya membuat pemeriksaan bilik sama ada yang kosong dan yang lewat check out. Malah terdapat beberapa bilik yang sudah lama tak digunakan apabila terdapat “masalah”, bukan kes ganjil sebaliknya masalah teknikal. Pernah terdenggar beberapa cerita seram daripada tetamu hotel sepanjang saya kerja di sana. Pernah tetamu membuat aduan, saya sendiri kena naik ke bilik tetamu ini berada untuk menanyakan apa masalah yang dihadapi oleh tetamu ini. Tetamu ini mengatakan bilik disebelah agak bising, dia meminta saya memberitahu tetamu sebelah bilik agar tak bising sangat. Saya mengiyakan sahaja tetamu ini dengan mengatakan saya akan cakap dengan tetamu bilik sebelah (bagi menyedapkan tetamu yang membuat aduan ini), padahal apa yang saya tahu bilik sebelah tiada langsung tetamu yang tinggal. Cerita ini daripada tetamu, meminta pihak hotel untuk menukar bilik ke bilik yang lain. Apa yang saya sedia maklum, satu keluarga tinggal di satu bilik ini. Si bapa ternampak anaknya menyanyi seorang diri di atas katil, tetamu mengatakan anak dia tak berbuat demikian. Mahu ta mahu kena pindahkan bilik. Satu lagi cerita dimana ada tetamu mengadu kepada saya bahawa kotak fius di biliknya, sius pandai naik turun dengan sendiri tanpa orang menariknya apabila kotak fius itu berada di bahagian paling atas sekali. Kira mustahil nak ganggu kotak fius apabila kena gunakan tangga untuk mencapainya. Akhirnya tetamu ini dipindahkan bilik.
Kisah 4,
Cerita ini daripada housekeeper. Membersihkan bilik dimana tetamu sudah check out adalah perkara biasa buat mereka ini. Semua rahsia mereka akan tahu dahulu sebelum pekerja hotel yang lain tahu. Cerita ini diceritakan oleh seorang housekeeper kepada saya sendiri. Kita panggil dia A (nama samaran), sekitar Maghrib dia tengah aps Smule di salah satu bilik rosak. Kira buang masa sementara menunggu orang mengambilnya pulang. Semasa dia tengah layan kelihatan satu lembaga putih keluar daripada tandas dan terus tembusi dinding. Tanpa membuang masa dia terus turun ke lobi dan lepak sementara di front desk bersama-sama saya. Ada cerita daripada A dimana dia menjadi reception di branch hotel (hotel yang sama dimana saya bekas kerja, tapi hotel tu tutup buat sementara waktu) di sebuah bandar. Pernah A lalu disebuah bilik yang dalam process dikemas, kelihatan satu lembaga wanita tengah baring di katil tersebut. A tergamam dengan apa dilihatnya, dengan tiba-tiba A ditarik oleh manager pergi sambil kata “pura-pura tak nampak” sambil berlalu pergi. Rupa-rupanya berlakunya kes bunuh diri di bilik berkenan, benar ke tidak itu tak dapat dipastikan. Kali ini cerita daripada veteran housekeeping yang kita panggil Mak Cik (nama samaran), mengenai cerita semasa dia baru sahaja habis mengemas bilik-bilik check out. Mak cik berehat sebentar di bilik housekeeping sambil membaca Yasin. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang memanggil mak cik ini. Tanpa membuang masa dia tercari-cari dimana suara yang memanggilnya malah turun ke lobi dan bertanya kepada reception sama ada memanggilnya. Akan tetapi tiada langsung mak cik ini dipanggil. (Kejadian ini berlaku di branch hotel yang sama dengan bekas hotel saya kerja, dimana bangunan sudah berpindah milik).
Kisah 5,
Cerita ini saya dengar daripada rakan sekerja reception. Kebiasaanya shift tengah malam selalunya ditugaskan khas buat pekerja lelaki sahaja, apabila ada sebabnya mengapa. Apabila dahulunya shift ini pernah ditugaskan buat pekerja wanita, ada beberapa kejadian seram telah berlaku membuat pihak majikan menukarnya khas hanya pekerja lelaki pada shift ini. Ingatkah lagi cerita sebelumnya mengenai cerita tandas hotel, mereka merupakan salah seorang pekerja wanita yang pernah shift tengah malam. Malah terdapat juga beberapa dimana pernah mengalami kejadian seram yang membuat mereka ini berhenti kerja. Ada satu reception wanita ini kena shift tengah malam, sedang menunggu di front desk. Diluar hotel terdapatnya beberapa pokok hiasan. Apabila reception ini melihat luar, dengan tiba-tiba dibawah salah satu pokok terdapatnya satu lembaga hitam dengan rambut yang panjang dengan mata merah memandang tepat ke arah reception ini. Terdapatnya beberapa ekor anjing hitam menemani lembaga hitam ini. Maaflah kita takkan tahu apa berlaku selepas ini apabila ia tak dijelaskan lebih lanjut, apa kita tahu reception berkenaan berhenti kerja selepas kejadian ini. Berbalik kepada cerita rakan reception ini, M (nama samaran) pernah diganggu pada siang hari apabila kedengar bunyi pintu tandas diketuk padahal dia seorang diri di lobi. Malah pernah juga berlaku dimana bilik pejabat bos, pintunya terbuka dengan sendirinya dimana kejadian ini disaksikan bukan seorang malah M dan 2 lagi pekerja yang lain.
Kisah 6,
Cerita seram ini saya dengar daripada manager hotel, kita guna S (nama samaran). Ia terjadi di branch satu lagi (dimana saya sudah ceritakan di bahagian kisah 4), dimana dia sendiri pernah nampak penyapu menyapu dengan sendirinya di belakang hotel. Pernah berlakunya kes kerasukkan di salah satu branch hotel bekas saya kerja ini, dimana bantuan seorang pengamal perubatan alternatif Islam dipanggil untuk membantu. Hotel berkenaan sebenarnya baru sahaja selesai renovasi, lalu dibuka semula. Pada beberapa hari, salah satu tetamu histeria di salah bilik hotel tersebut. Maaflah ada lagi beberapa cerita dimana saya tak ingat yang pernah disampaikan kepada saya ini.
Kisah 7,
Sebelum saya mengakhiri cerita ini, saya akan sampaikan cerita pengalaman seram di hotel ini. Kejadian ini berlaku apabila berlakunya masalah teknikal litar pintas, menyebabkan bekalan elektrik terputus kesemua bilik. Tetamu terpaksa dipindah ke branch yang lain, sementara menunggu maintanence akan datang pada keesokkan harinya. Pada masa itu saya terkena pada shift tengah malam. Bilik-bilik dipastikan sama ada barang kepunyaan tetamu masih ada di sana dan dipastikan kesemua sius dimati serta pintu dikunci. Ia ternyata menyeramkan sekali pada masa itu dengan kegelapan yang gelap sekali, nasib baik pada pemeriksaan itu ada menemani saya membuat pemeriksaan (rakan reception lelaki dimana saya gantikan shift tugasannya). Ingat lagi cerita di kisah 3 dimana ada satu lembaga hitam, semasa black out inilah saya ternampak dan tahu mengenai kehadiran lembaga hitam ini. Saya mengaku, saya lagak berani naik seorang diri nak buat pemeriksaan akan tetapi tak sampai hujung hall. Saya ternampak lembaga hitam ini, itulah sebabnya saya meminta bantuan daripada rakan sekerja W (nama samaran) untuk menemani saya naik ke atas. Ia tak berhenti disana, sekitar jam 2 pagi. Hanya saya seorang diri pada masa itu berjaga di front desk walaupun tiada langsung tetamu ada di hotel. Sunyi dan seram sejuk mulai menghantui diri saya, kebetulan pada masa itu saya ada download mp3 surah-surah suci Al-Quran. Semasa saya sedang mendengar bacaan surah Al-Baqarah, semasa pertengahan bacaan. Dengan tiba-tiba kedengar bunyi sesuatu jatuh dari arah tandas hotel, dengan perlahan-lahan saya berjalan ke arah tandas. Kelihatan satu botol plastik separuh penuh dengan sabun pencuci tandas telah jatuh akan tetapi botol itu terjatuh jauh sekali daripada tempat asalnya dan secara logiknya, tiada langsung tingkap untuk angin masuk. Bagaikan ada sesuatu tak suka saya membuka bacaan Al-Baqarah dengan menjatuhkan botol berkenaan. Oleh kerana saya seorang diri pada masa itu, saya biarkan bacaan surah-surah suci Al-Quran berputar beberapa kali. Untuk pengetahuan kejadian ini berlaku pada bulan pertama saya bekerja di hotel berkenaan.
Ia adalah cerita-cerita pengalaman seram saya serta cerita pengalaman seram pekerja hotel tersebut. Selama saya kerja di hotel tersebut selama 6 bulan, pengalaman seram tetap berlaku demi mencari rezeki yang halal. Kuatkan semangat dan iman, ataupun mengikut cara saya untuk tak ambil peduli langsung jika terlihat mahupun merasakan kehadiran mahluk halus ini. Sentiasa ingat Tuhan itu lebih penting. Kita buat pun demi-Nya untuk mencari rezeki yang halal. Seteruk-teruk mahluk yang kita gelarkan hantu ini, tak seteruk hantu manusia dimana mereka lebih teruk daripada Jins, syaitan dan iblis.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan