Khamis, 25 Januari 2024

Lintasan Kereta Api

 

Gambar hiasan 

Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Lintasan Kereta api. 

Cerita ini terjadi kepada seorang wanita berjalan balik dari tempat kerjanya, apabila dia terdengar bunyi amaran lintasan kereta api berbunyi, lalu dia berhenti dan tunggu kereta api itu lalu. Dengan tiba-tiba seorang pelajar perempuan menengah rendah bergegas lari di tepinya dan tanpa berfikir panjang lalu dia menunduk kepalanya pada palang penghalang, berlari ke arah landasan kereta api. Ia mengambil masa untuk palang penghalang tersebut untuk turun keseluruhan sebelum tibanya kereta api, pelajar itu tidak kisah sama sekali. Akan tetapi semasa dia nak melintas, kakinya tersepit dan dia tidak mampu bergerak.

Pelajar itu menjadi panik dan gagal untuk melepaskan kakinya yang tersepit itu. Bunyi kereta api dan lampu menunjukkan kereta api bakal tiba menyalah memberitahu kereta api semangkin dekat, tetapi tiada sesiapa mampu menyelamatkan pelajar tersebut. Akhirnya pelajar itu menjerit sekuat hatinya, "SAYA TAK NAK MATI!!" 

Wanita itu hanya mengalihkan pandangannya.

Beberapa seketika kemudian, wanita dengan perlahan-lahan membuka matanya dan kereta api itu lalu tanpa sebarang kecelakaan mahupun kemalangan dan palang penghalang dinaikkan semula. Manakala mereka yang menunggu mulai melintas lintasan Kereta api itu seperti biasa. Tiada langsung jejak pelajar perempuan dimana kakinya tersepit di landasan kereta api.

"Itu agak ganjil" fikir wanita itu, lalu dia terpandang pada tepi landasan kereta api. Dia perasan kalungan bunga dan beberapa batang colok menyala berada di sana. 

Khamis, 18 Januari 2024

Fortune Game

 


Salam Malam Jumaat semua. 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu permainan yang menyeramkan iaitu fortune game.

Fortune game adalah sejenis upacara menilik nasib purba Jepun. Ia teramat terkenal pada satu seketika dahulu di Jepun, yang dikenali sebagai "Tsuji-Ura" atau "Crossroad Fortune - Telling" (Ramalan nasib di persimpangan jalan). Di barat dikenali sebagai "Crossroads Divination" (Ramalan Persimpangan jalan).

Untuk memainkan permainan ini, kamu memerlukan penyukat rambut dan sesuatu untuk menutup wajah kamu. Ia boleh dimainkan secara seorang diri ataupun bersama kawan. 

AMARAN:

Kami tidak menyarankan kamu untuk memainkan permainan ini. Apabila pernah terjadi dahulu, terdapatnya mereka (orang Jepun) mengambil nyawa mereka sendiri selepas bermain Tsuji-Ura apabila tidak boleh menerima ramalan yang diberikan.


  1. Ambil penyikat rambut dan pergi ke persimpangan jalan pada waktu malam. 
  2. Bunyikan menggunakan jari kamu pada gigi berus sebanyak 3 kali. Lalu membaca mantera ini sebanyak 3 kali : "Tsuji-Ura, Tsuji-Ura, berikan saya jawapan yang benar."
  3. Kamu kena tunggu sesampainya seseorang yang asing lalu. Ia harus orang yang kamu tidak kenali bukannya orang yang kamu kenal. Apabila orang itu dekat, tutup wajah kamu dengan sesuatu seperti tangan kamu, buku, surat khabar mahupun beg asalkan ia menyembunyikan wajah kamu. Jikalau kamu berteman, kawan kamu harus menutupkan wajah mereka juga. 
  4. Tanya orang yang tidak dikenali itu untuk memberitahu mengenai ramalan buat kamu. Jika dia tidak menjawab atau tidak layan, kamu kena tunggu sesampainya orang lain yang tidak dikenali lalu.

Di barat, mereka mempercayai bahawa hantu mereka yang sudah mati berjalan sepanjang jalan pada waktu malam. Mereka percaya bahawa syaitan boleh ditemui pada persimpangan jalan pada waktu malam dengan menyerupai seperti manusia biasa. Ketika bermain permainan Ramalan Persimpangan Jalan, ada kemungkinan yang menjawab soalan itu adalah hantu mahupun syaitan. 

Kamu tidak tahu, sama ada orang yang tidak dikenali yang membuat ramalan itu adalah hantu mahupun syaitan.

Cerita urban legend mengenai Tsuji-Ura pernah di adaptasi oleh mangaka terkena bernama Junji Itou baik dalam versi manga (Comic) mahupun versi anime.



Fakta menarik:

Permainan Tsuji-Ura menjadi terkenal sehinggakan orang Jepun menghasilkan sejenis Keropok kecil dengan sekeping kertas tertulisnya ramalan. Snek ini dikenali sebagai "Tsuji-Ura Senbai" yang bermaksud "Keropok ramalan persimpangan jalan."



Beberapa tahun kemudian, selepas perang dunia kedua di Amerika. Restoran Cina mengguna pakai keropok Jepun ini dan menggunakan sebagai "Fortune Cookies" atau "Biskut Ramalan".

Sekarang kamu tahu jikalau kamu pernah memakannya dimana ia berasal dari Jepun mengenai upacara menilik nasib purba Jepun. 



Nota:

Selain dari kami tidak mengalakkan kamu memainkan permainan ini dengan berdiri di persimpangan jalan pada waktu malam, bercakap dengan orang yang kamu tidak dikenali boleh membawa risiko tinggi seperti kamu dirompak, diculik mahupun kedua-duanya sekali. 

Khamis, 11 Januari 2024

Thumb Game / Permainan Ibu Jari

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu permainan menyeramkan iaitu Permainan Ibu Jari. 

Permainan Ibu Jari dikenali sebagai Oyayubi Sagashi merupakan urban legend Jepun mengenai seorang wanita muda yang sudah mati. Sesiapa sahaja yang menemui ibu jarinya akan ditunaikan hajatnya. Permainan ini juga dikenali sebagai "Mencari Ibu Jari".

Di dalam sebuah Villa, seorang wanita pada usia 20an telah dibunuh dan  mayatnya telah dikerat kepada beberapa bahagian sebelum ditanam di perkarangan villa. Apabila tubuh badannya ditemui di sekitar Village, kecuali ibu jari kiri.

Objek di dalam permainan ini adalah mencari ibu jari kiri mangsa bunuh ini. Jika kamu menemuinya, hajat kamu akan dimakbulkan. Kamu memerlukan 3 atau lebih, untuk memainkan permainan ini. 


  1. Buat 1 bulatan dan duduk di lantai. Kamu sepatutnya memegang ibu jari orang di sebelah kanan dan orang tersebut akan memegang ibu jari kiri kamu. Dalam permainan berlangsung, tiada sesiapa dibenarkan melepaskan ibu jari masing-masing. Jika tidak pada akhir permainan, ada kemungkinan ibu jari kamu dan mereka yang lain akan hilang.
  2. Kesemua harus menutup mata dan membayangkan merakam berada di sebuah Villa dimana wanita tersebut dibunuh kemudian dikerat. Ia harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh atau ia tidak akan menjadi. Sepanjang permainan ini, jangan sesekali ingin membuka mata.
  3. Ulang mantera ini sebanyak 2 kali (ia telah di alih bahasa kepada bahasa Malaysia). "Oyayubi, Oyayubi, Dengarlah suara kami. Oyayubi, Oyayubi, Tunaikan hajat kami." Kamu akan dihantar dan berada di sebuah bilik yang kamu tidak pernah lihat sebelumnya. Ia mempunyai reaka bentuk villa ala barat. Terdapatnya sebatang lilin 🕯️di tengah-tengah bilik.
  4. Kamu harus mencari ibu jari berkenaan serta-merta. Jangka masanya sebelum terpadamnya api lilin tersebut, untuk mencari ibu jari tersebut.
  5. Untuk kembali ke Villa berkenaan, kamu harus meniup dan mematikan api lilin tersebut. Semasa di villa ketika mencari ibu jari berkenaan, kamu akan merasai seseorang menepuk baku kamu sebanyak 2 kali. Apabila ia terjadi, jangan sesekali pandang belakang. Jikalau tidak, kamu tidak akan kembali dalam keadaan bernafas. 

Amaran. 
Ia adalah perkara penting untuk tidak menoleh ke belakang. Jikalau kamu toleh, kamu akan dibunuh. Kamu tidak akan kembali dari villa. Kamu terpaksa berada di dalam villa tersebut selamanya dan harus menepuk bahu sesiapa sahaja melakukan permainan ini sebanyak 2 kali, jikalau si dia memandang ke belakang maka orang itu akan dibunuh dengan kejam. Kamu bukan sahaja menjadi mangsa yang hilang, malah kamu juga adalah pembunuhnya. 


Jikalau kamu menemui ibu jari yang dikerat, pegang is dengan erat di tangan lalu meniup mati api lilin, kemudian kamu akan kembali. Jangan membiarkan api lilin itu habis padam dengan sendirinya atau kamu terperangkap di villa tersebut selamanya. 

Peraturan Permainan Ibu Jari :
  1. Jangan lepaskan ibu jari sesiapapun. 
  2. Jangan membuka matamu. 
  3. Jangan membenarkan api lilin 🕯️itu terpadam habis.
  4. Jangan pandang belakang. 

Permainan ini tergolong dalam permainan seram yang berbahaya, saya tidak mengalakkan kamu untuk memainkan permainan ini. Kecuali kamu menghafal keseluruhan langkah-langkah dan peraturannya. Sebarang kesilapan bukan sahaja membebankan kamu seperti kehilangan kedua-dua ibu jari atau lebih teruk kehilangan nyawa kamu sendiri.



Khamis, 4 Januari 2024

Selamat Tahun Baru.

 

Salam Malam Jumaat semua,

2023 telah meninggal kita dan 2024 datang. Harap ia memberikan keberkatan daripada Yang Maha Esa daripada sebarang gangguan dan bencana. Kita doakan segala bala pergi. 

Terima kasih terus menyokong blogspot saya ini dan teruskan menyokong agar saya mampu terus menulis. Harap tiada gangguan daripada saya terhenti menulis dan membuat kajian untuk menulis.

Jikalau ada terkasar bahasa sila maafkan, adakalanya bahasa saya sedikit kasar sebab saya menggunakan bahasa baku Sabah. dan tak ingin menggunakan ayat atau perkataan singkat serta bahasa Malaysia moden. Saya sudah terbiasa dan saya masih berpegang teguh kepada janji sebab untuk menggunakannya bahasa Malaysia lengkap agar kemudahan alih bahasa boleh dilaksanakan seperti mana saya letakkan dalam perkhidmatan blogspot ini. 

Harap kamu semua mengambil masa membacanya dan bersabar menunggu post terbaru. Buat minggu ini saya tidak berkongsi, kira minggu ini saya bercuti Tahun Baru. Ada bahan sudah tapi belum nak taip lagi. Bagi saya masa untuk rehat tahun baru. Nantikan post akan datang.