Salam Malam Jumaat semua, saya ingin ucapkan Salam Maal Hijrah. Terima kasih dan teruskan memberikan sokongan ke blog saya ini.
Dengan keadaan yang tak menentu, saya akan berkongsi sebanyak boleh. Ada beberapa update dan juga infomasi saya bakal kongsikan.
Terima Kasih.
Salam Malam Jumaat semua dan selamat datang ke blog. Blog ini menyajikan koleksi-koleksi pengalaman seram saya, penulisan kisah seram dan infomasi-infomasi yang menarik. Sila ambilah masa kamu untuk membacanya. Seperti saya selalu katakan, "Percaya mahupun tidak itu terpulanglah, tetapi tiada sesiapapun ada hak untuk memaksa kamu untuk mempercayainya."
Jumaat, 22 September 2017
Khamis, 14 September 2017
Ada sebab mengapa, bahagian 9
Salam Malam Jumaat,
Dengan keadaan serba moden, kepercayaan kepada benda-benda terdahulu dimana orang tua-tua mempercayainya. Apabila bab-bab seperti pantang dan petua, tu rata-ratanya tak nak dengar dengan mengatakan ia sebagai karut ataupun syirik. Ya cakap sahaja bukannya nak memahami perasaan orang tua tu yang sekadar memberikan nasihat.
Nasihat yang diberikan itu untuk kebaikkan diri mahupun keluarga. Jika menduduki rumah baru , orang tua-tua akan menasihatkan agar membersihkan rumah itu secara luaran dan juga spiritual. Itu pun untuk kesenangan dan keselesaan serta bebas daripada sebarang jenis gangguan. Lagipun kita berkongsi alam dengan jin, syaitan dan iblis. Benda ini ada dimana-mana bukan semua dapat merasakan mahupun melihat kecuali mereka yang mempunyai kelebihan dimana Ilahi berikan.
Ni khas buat mereka suami isteri mahupun ibubapa, apabila orang tua-tua memberikan nasihat agar buat doa-doa dan bacaan surah-surah suci sebelum memduduki rumah yang baru. Ia harus dilakukan agar tiada gangguan di rumah. Dengan kesibukkan mencari rezeki, perkara ini ada buat sambil lewa dan ada langsung tak membuatnya. Selalu kes buat Isteri suri rumah sepenuh masa, apabila ada gangguan sendiri yang susah nak tinggal seorang diri rumah mhupun bersama-sama dengan anak. Syukurlah jika suami tu dengar rayuan isteri tetapi selalu kes si suami tak nak dengar mahupun tak peduli langsung (EGO) sebab bukannya dia yang kena sebaliknya si isteri yang kena gangguan. Apabila si suami sendiri kena gangguan baru terhegeh-hegeh nak buat.
Ni buat ibubapa, anak-anak kamu bila menangis waktu senja ataupun maghrib tu ada sebabnya. Orang tua-tua akan mengatakan ia adalah gangguan. Tolonglah jangan hantar ke doktor anak itu ataupun buat tak peduli, apabila anak itu demam panas baru tahu nak menyesal. Kes ni berlaku buat anak-anak dibawah umur 7 tahun. Apabila malam anak-anak dilanda ketakutan yang melampau sekali. Jangan memberikan alasan kesibukan kerja untuk mengabaikan tanggungjawab sebagai ibubapa. Cari jalan penyelesaian dan tak salah mencari jalan lain untuk mengubati bukan (asalkan jangan gunakan bomoh, dukun dan lain.) Jangan menidakkan jika anak membuat aduan dimana mereka terlihat hantu / momok. Anak-anak kecil tak pandai berbohong dan kata-kata penuh dengan kejujuran. Ambil kesah dengan aduan ini agar gangguan dapat dielakkan. Ia tidak salah meminta bantuan dengan ibubapa kita sendiri walaupun diri sudah bergelar ibubapa. Sama-sama mencari jalan penyelesaian bukannya hidup penuh dengan EGO.
Ada sebab mengapa orang tua-tua memberikan pantang dan petua ini, apabila mereka lebih banyak memakan garam daripada kita ini. Apa yang baik itu kita amalkan dan apa yang jahat tu kita hindarkan.

Khamis, 7 September 2017
Salam Malam Jumaat semua,
Saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Sepatutnya minggu lepas saya ingin ucapkan apabila sibuk dengan kerja dan saya hanya berkongsipada malam Jumaat sahaja. Teruskan memberikan sokongan anda ke blogspot dan respon kamu teramat dihargai sekali.
Ada sebab Mengapa, bahagian 8.
Salam Malam Jumaat,
Ada sebab mengapa orang tua-tua sering kali menasihatkan agar balik sebelum mahgrib ataupun waktu senja. Semestinya akan menggunakan alasan "nanti disorok hantu" ataupun "nanti hantu cari". Sebaliknya ada sebab mengapa alasan itu diberikan atas faktor keadaan pada masa tu. Pada masa, keperluan seperti elektrik belum ada lagi dan jemudahan itu belum ada. Sumber cahaya pun daripada obor dan pelita, keadaan itu semestinya gelap gelita. Selain daripada agar tidak lewat balik ke rumah untuk solat.
Pada satu ketika dahulu, orang tua-tua sering kali berpesan agar balik sebelum terbitnya matahari di waktu senja ataupun balik sebelum azan maghrib terutamanya yang tinggal di kampung. Mereka khuatir anak-anak kecil berlanggar dengan anak-anak jin mahupun mengelak daripada anak-anak ini dari disembunyikan oleh hantu yang sering kali dikaitkan dengan kehilangan iaitu Hantu Kopek serta dikenali sebagai Hantu Tetek.
Hantu Kopek ini adalah salah satu mahluk halus yang suka menganggu manusia dan hantu ini sering kali menyerupai seperti seorang wanita tua yang mempunyai kopek (buah dada, payudara) yang besar dimana ia menyembunyikan mangsa disebaliknya. Ia adalah hantu yang hidup dengan besar dan tidak bertuan.
Ada versi mengatakan hantu ini mempunyai rupa paras seperti seorang perempuan tua yang teramat hodoh, sangat tinggi, berbogel menunjukkan badannya yang berbelang hitam putih dan gemar bersembunyi di sebalik pokok-pokok di tepi jalan dikala malam hari.Ia mempunyai rambut yang mengerbang & panjang sehinggakan kakinya, kuku yang panjang & tajam dan di tangan kanannya memegang kain putih (kain kematian) yang dikenali sebagai kain kafan. Pakaiannya pula hanya menutupi kawasan dari pinggang ke lutut. Payudaranya bergayut sehinggakan mencecah ke pusat dan kelihatan seperti labu air yang besar. Ia suka duduk mencangkung disebalik pokok sementara menanti mangsanya datang ke kawasan tersebut.
Apabila seseorang melalui kawasan itu, Hantu Kopek akan mengoncangkan pokok, lalu menghayunkan payudaranya untuk menolak mangsa tersebut sehinggakan terjatuh ke tanah. Apabila mangsanya bangun, hantu ini akan mengulangi perbuatannya sehingga mangsa melarikan diri. Mangsa yang disembunyikan oleh hantu ini, kebiasanya boleh melihat orang-orang yang sedang mencarinya akan tetapi tak mampu berkomunikasi dengan mereka.
Mangsa bagi hantu ini kebiasanya adalah remaja dan anak-anak kecil. Oleh itu tidak hairan mengapa orang tua-tua berpesan dan melarang anak-anak ini daripada balik lewat malah melarang mereka ini daripada bermain dikala cuaca berjerebu dan waktu maghrib dimana hantu ini paling aktif sekali dan mencari mangsanya.
Jika berlakunya anak-anak ataupun sesiapa sahaja yang hilang dikala senja hari, ia menjadi adat bagi sesetengah pihak untuk mencari mereka yang hilang itu dengan cara membunyikan gong, loyang ataupun dulang tembaga. Perbuatan ini dikatakan akan menyebabkan hantu tersebut menari-nari sambil melompat-lompat dan ini akan menyebabkan mangsa yang tersembunyi di sebalik payudaranya, terjatuh ke tanah dan akan ditemui di tempat-tempat gelap, belakang pintu, di dalam semak, di bawah pokok mahupun tempat-tempat si mangsa hilang.
Selain daripada itu ada yang meminta pertolongan mereka yang pakar mahupun tok iman mencari mereka yang hilang itu selain daripada mengazankan kawasan dimana mangsa itu hilang selain daripada meminta pertolongan daripada Yang Maha Esa. Hantu ini akan lari meninggalkan mangsanya apabila tidak tahan dengan “panas” ataupun meninggalkan mangsanya pada masa tertentu.
Daripada pengalaman si mangsa, kebiasanya mereka melihat seorang wanita tua bersama mereka sentiasa dan memberikan mereka makanan & minuman. Akan sebaliknya ia hanyalah penipuan sahaja dimana Hantu Kopek itu memberikan mereka cacing, najis dan air kencing. Maka tidak hairanlah apabila mangsa yang ditemui kelihatan lemah sebalik sahaja dia diselamatkan. Si mangsa akan memuntahkan segala isi perutnya yang ternyata kotor sekali daripada apa yang diberikan oleh hantu ini. Si mangsa biasanya akan dipulihkan semangatnya dan diberikan air bacaan untuk diminum.
Ada versi lain yang mengatakan hantu yang berwarna kelabu yang gemarkan darah dan kanak-kanak dikaitkan dengan ahli sihir perempuan tua yang bernama Rangda (mengikut mitos orang Bali), dimana ia boleh dilihat menari-nari dengan keadaan payudaranya yang lanjut berjuntaian dan terhayun-hayun di dalam tarian yang dipersembahkan oleh pertunjukkan kebudayaan di Bali. Ia juga mempunyai versi yang lain daripada berlainan negara mahupun budaya seperti di dalam cerita rakyat Slavic (Rusia) iaitu Baba Yaga, dimana ia adalah ahli sihir perempuan dimana berusia tua yang terbang dengan menggunakan lesung kayu dan menumbuk lesung kayu sebagai menariknya dimana dipercayai menjadikan kanak-kanak sebagai mangsanya.
Tahukan anda bahawa, Hantu Kopek mempunyai versi jantan yang dikenali sebagai Hantu Kangkang. Hantu ini akan menyerang mangsanya dengan mengunakan kemaluannya yang besar dan adakalanya akan menyembunyikan mangsanya disebalik kemaluannya juga. Cara menyelamatkan mangsanya pun sama dengan Hantu Kopek. Infomasi mengenai hantu ini tidak banyak diketahui.
Larangan ataupun petua orang tua-tua ini mempunyai maksudnya tersendiri dimana ia adalah untuk kebaikkan anak-anak mereka juga. Tiada satu ibubapa ingin anaknya hilang dan keselamatan anak-anak adalah tanggung-jawab mereka. Percaya mahupun tidak itu terpulanglah lagipun tiada sesiapa ada hak memaksa kamu untuk mempercayainya. Semua pun bermula daripada kita sendiri juga.
Sumber:
1. 33 Hantu oleh Kumpulan Seekers.
2. The Malaysian Book of The Death by Danny Lim.
3. Cerita-cerita yang saya pernah dengar.
4. Wikipedia.org

Langgan:
Catatan (Atom)